Followers

Pages

Monday, April 30, 2012

Guru Penyayang



Assalamualaikum.

Sekarang ni semua sekolah di Malaysia mesti menerapkan nilai murni baru iaitu guru penyayang. Sebenarnya tak payah nak adakan program ni pun sebenarnya dalam jiwa seorang pendidik memang dah ada naluri penyayang. Sayangkan anak murid. Jangan kata cikgu tua lama, cikgu muda pun ada naluri sayangkan anak murid ibarat anak sendiri tau walau ko belum punya anak. :p


Tapi benda ni ada mendapat sedikit tentangan dari guru disiplin. Sebab diorang kan kejenye merotan pelajar je kan. So diorang rasa tak adil la nak nilai yang diorang bukan guru penyayang. Merotan pun sebab kita sayangkan anak murid kita kan. Tapi di mata pelajar lain pulak. 'Eleh cikgu Maarof tuu...penyayang apenye..hari-hari rotan bontot budak'. Nahh. Budak-budak kan. Memang menilai dengan apa yang diorang nampak je.


Bersabar lah wahai guru.







So ala-ala nak buat kezutan gitu. Pelajar-pelajar disebutkan nama di perhimpunan. Muka memasing cuak pastu fikir aku ada buat salah apa pulak ni. hahaha. Tapi kembali lega bila nama guru-guru juga disebut dan diminta berbaris. Untunglahh siapa yang sambut harijadi bulan Februari. Bulan Ogos nanti tak buat siap ehh.. :p







Kebetulan ada persembahan pelajar sempena diorang nak masuk Pesta Muzik. So guna khidmat diorang je nyanyikan lagu 'Happy Birthday To Youuu'.
Fuhh kemain bersorak semua pelajar dalam dewan.








Lalu kek harijadi pun di bawa ke tengah pentas oleh cikgu-cikgu gorgeous. Eh? :p









Cakkk!
Tak cukup gorgeous ke tu? 
Ok ok dah dah.









Semua pun terdiam. Tak pernah pulak ada sambut hari jadi macam ni kan. :)









Ada tiga biji kek. Kek untuk guru, kek untuk pelajar lelaki dan kek untuk pelajar perempuan. Selesai menyanyi, acara potong kek dan suap menyuap. Rasa sweet pulak moment tu. :')








Kad harijadi untuk pelajar :)

Percayalah, cikgu-cikgu semua sayangkan kamu.....




5 butterflies concerned.:

Anonymous said...

so sweet ada majlis macam ni. dulu time sekolah, tak pernah pulak ada macam ni. :)

Hana said...

masa hana praktikum nie, setiap pagi guru akan sambut pelajar datang sekolah :)

Prince of Noob said...

cekguuu... cekgu ni cute sgt la... masih single n available lagi ke? saya nak kawin dgn cikgu leh huhuhu... btw done follow cekgu - Noob

paraxixth said...

sweet giler kalau cikgu cenggini

cik chinta said...

sek kite lom ada wat mende ni lg. hahaks

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com