Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah setahun tiga bulan aku mengajar subjek landskap.
Mula-mula rasa berat sangat.
Rasa tak boleh blah mengajar subjek tu.
Rasa beban sangat nak mengajar murid tanam-tanam segala.
Rasa kasar sangat mengajar simen ferro, buat kolam, buat pergola bagai tu.
Tapi lama-lama dah mula jatuh cinta sikit.
:)
Dan sekarang dah rasa agak serasi.
Pagi tadi.
Tetiba ketua bidang datang jumpa aku.
Dia bagitau cikgu landskap yang dah pindah dari sekolah kitorang dah datang semula.
Sebelum ni dia pergi sambung belajar ke apa tah.
Aku diberi pilihan sama ada nak terus mengajar landskap atau tak payah dah.
Gugurkan landskap dan pilih untuk mengajar subjek lain.
Sains ke sivik ke PJ ke PS ke apa ke.
Macam mana ni.
Tak tau nak buat pilihan.
Tak tau. Tak tau.
Kalau benda ni berlaku tahun lepas,
Memang dengan pantas aku akan kata yes.
Tanpa ragu-ragu tau.
Tapi benda ni berlaku sekarang pulak.
Masa aku dah seronok-seronok mengajar subjek tu.
Masa aku dah ngam dengan students landskap semua.
Benci situasi ni.
Betul-betul dalam dilema ni.
Rasa nak lempang cikgu baru datang tu. (tetiba)
Tapi tak jadi sebab nama dia Cikgu Kamal.
oh myyyy!!!
Kenapa nama cikgu tu Kamal pulakkk.
hehehehe (eh tetiba suka tak tentu pasal padahal tadi emo)
Kalau betul-betul Kss yang datang mengajar sini kan ke bagus. Eh?
:p
Gambar masa mesyuarat PIBG last week. I dengan housemate semua tak bertuah ok. Sebanyak-banyak hadiah untuk cabutan bertuah, seketul pun takde yang kena tau. Memang kena mandi bunga masing-masing ni.
Heeeee~
* Dalam dilema*
3 butterflies concerned.:
glah ajar seni ckgu..hehe=)
glah ajar seni ckgu..hehe=)
ajar PJ la kak. :D ko kan suka bola tampar bagai segala tu. Seni tak mencabar. haha XD
Post a Comment