Assalamualaikum.
Hai uols. Tiba-tiba mood nak mengimbas memori. Belek-belek gambar lama lalu teringat-ingat zaman dahulu kala. Pastu tiba-tiba nak rindu-rinduan. Lalu terhasil entri macam ni. Siap ada 'Imbas Memori' kat tajuk entri bermakna akan menyusul lagi entri mengenang masa silam tak kira lah zaman apa pun. Boleh kan macam ni? Ala-ala kenanganku kenanganmu jua. :p
Kenangan yang masih segar di ingatan ialah ketika latihan mengajar (teaching practise) kat Kuantan. Tak pernah terfikir pun nak merasa hidup kat negeri Pahang tau. Tiga bulan duduk sana, banyak tempat dah berjaya ditakluki. Kebetulan dapat kawan-kawan sepraktikal yang jenis suka berjalan jugak. Memang mendapat lah. Hujung minggu ada je plan nak merayau. Siap ada kereta sewa khas lagi ok. :p
Taraaa~
Inilah kereta kelisa merah cun yang banyak berjasa. Setiap kali nak berjimba-jimba, memang kereta ni lah yang dicari-cari. :)
Antara lokasi yang berjaya dilawati ialah Pantai Teluk Chempedak. Cantik sangat tempat ni. Dengan pengunjung yang ramaiii dan menjadi tumpuan remaja-remaja nak melepak.(motif : feeling remaja lagi)
Kemain excited si perempuan tudung putih tu kan? Rasa nak lempang je dia. haha..
Sekarang
ni baca status bekas anak murid kat facebook, kejap-kejap 'lepaking at
Teluk Chempedak'. Kejap-kejap lagi Reunion @ McD Teluk Cempedak'. Pastu
karang 'Jumpa kat TC jommm'. Haihhh.
Ke TC saje ye kamu-kamu semua ni. Nasib baik dah tak duduk situ kalau
tak memang mengadap muka anak murid je lah kalau datang situ. hehe..
Sampai dah kahwin lah kawan praktikal aku sorang ni. :)
Bolehlah kiranya aku buat ucapan di sini ye?
Selamat Pengantin Baru buat Madiha yang comel lagi cun ni. Tak sangka dah kahwin dulu sebelum aku. hehe..:p Semoga kekal bahagia hingga ke syurga ye kamu. :)
Tengok muka masing-masing kemain bahagia lagi. Macam pertama kali jumpa pantai. hahaha.. :p
Tapi serius oh. Pantai Teluk Chempedak memang cantik dan bersih. :)
Ini kenangan paling mesti diberitahu di sini. Helikopter lalu atas kepala je uols. Dapat snap gambar pulak tu. Uols ada? hehehehe :p
Terima kasih Teaching Practise kerana membawa aku ke sini. Ada jodoh, panjang umur kita jumpa lagi.:)
Next lokasi di mana pula? Tungguuuuu..heee~
* Kredit gambar to rakan sepraktikal : Noor Alina. Sorry kamu. Kita curi gambar dari facebook kamu. :p
4 butterflies concerned.:
lama tak ke pantai. boleh release tension. :)
kann? same lah..
teringat pasal kecoh2 nak tsunami tu terus rasa seram nak pegi pantai
._.
penah duk pahang 2 thn... sekolah kat muadzam.. hee~
skang mengajar kat kelantan.. heee~
cik pulau ;
oo..muadzam ngan kuantan tak berapa jauh kan..kita nak balik seremban pun memang ikot muadzam :)
Post a Comment