Followers

Pages

Thursday, April 19, 2012

Alahaiiii




Assalamualaikum.

Semalam aku dikejutkan dengan gosip tiga orang pelajar sekolah aku kena tangkap khalwat. Astaghfirullahalazim. Khalwat ok. Khalwat! Memula aku dengar gitu-gitu jelah. Diorang kena tangkap kat homestay. Ada dua pasangan pulak tu. Punyalah adegan secara beramai-ramai agaknya.
Dengar sana sini bercerita. Kecoh satu sekolah!


Aku masuk kelas landskap terus aku nasihat pelajar-pelajar aku. Nasihat itu ini apa yang patut. Aku cakap aku taknak dengar anak murid kelas aku terlibat dengan benda-benda tak senonoh macam ni. Kalau aku dapat tahu ada yang tertangkap macam ni, aku datang kat dia terus tampar je. Tak cakap apa-apa dah.
Diorang senyap je. Masing-masing tak berani nak bersuara. Aku bajet macam...ha bagus aku nasihat terus terkesan dalam hati sanubari memasing. hehe..


Tengah hari.
Aku dapat relief kelas aku sendiri. Tingkatan 5 Cantik tu. Kaki aku melangkah masuk je dalam kelas, tetiba anak murid aku serbu.

'Cikgu! cikgu dah tampar Samad (nama terpaksa diberi taktik penyamaran) ke?'
'Kenapa pulak cikgu nak tampar Samad tetiba ni?'
'Kan samad yang kena tangkap basah tuu?'

OMG. Terkejut beruk aku kat situ tau uols. Tapi pura-pura dah tahu je tau.

'Aahkan..belum jumpa dia lagi..Nanti jumpa cikgu tampar la'

Rupa-rupanya yang kena tangkap tu anak murid aku. Cis betul. Anak murid aku ialah lelaki. Lagi dua ketul pelajar perempuan tu kelas lain. Seketul lagi lelaki ialah orang luar. Nak kata tak sangka tu tak jugak sebab si Samad ni boleh tahan jugak perangai dia. Dengan kehadiran ke sekolah sangat mendukacitakan. Surat amaran kedua dah aku hantar ok. Pelik betul perangai budak macam ni. Tapi tak tahu lah pulak sampai dia berani tak datang sekolah sebab nak berkhalwat pulak kan.


Geram je rasa hati ni tau. Aku tak pasti la lepas ni berapa lama pulak Samad ni akan tak hadir ke sekolah. Malu katanya kan. Gila ko tak malu. Silap-silap berhenti sekolah terus. Kahwin kan aje. Dah gatal sangat kan. Khalwat lah ko 24 jam tak berhenti. Pastu kerja lah tanam pokok cili ke pokok terung ke buat belanja bagi bini ko makan nanti.




Macam-macam budak zaman sekarang ni.
:(






2 butterflies concerned.:

Rara Nasiha said...

budak-budak sekarang kan. teruk. senang sangat terpengaruh.

yana lyana said...

betul..langsung tak risaukan diri sendiri :(

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com