Followers

Pages

Wednesday, June 19, 2013

Introducing you my cik andam...jeng jeng jengg



Assalamualaikum.


Masuk bab andam andam pulak ni. Aku memang dari awal dah bagitahu Kay yang aku nak dia makeupkan. Kay okay je cuma dia kata kena practise dulu lah takut kang hari bertunang tu baru nak touch up, kalau jadi muka pondan tak ke naya nanti. Hahaha.. Yelah kan separuh orang kalau makeup tak kena mesti nanti muka jadi lain kan. Kalau makin cantik takpe lagi. Buatnya jadi garang ke, jadi maknyah ke, menyesal tak sudah nanti.


So beriya lah kitorang siap berlatih makeup kat rumah sewa. Makeup mata nampak garang, so Kay bagi light sikit area tu. Sampai lah aku rasa haaa okay lah nii. hehe..

Aku memang nak makeup simple simple je. Taknak heavy sangat. Kang orang kata nak bernikah ke pulak? Terus sentap tiba tiba nanti :p








Cakkkkk!
Inilah hasil sentuhan housemate aku, Kay. Suka sangat dia makeupkan :)
Aku baru first time ni pakai bulu mata palsu. Kay lah bersungguh suruh aku beli bulu mata palsu. Terkebil kebil aku mula mula tu. Hahaha..
Lama lama selesa je. Contact lense aku pakai color honey.










Kay datang pukul 12 tengah hari. Agak awal. So aku bagitahu dia, jangan rushing sangat. Makeup slow slow je sebab majlis ialah petang dalam pukul 3 macam tu.










Touch up bulu mata yang asik nak tertanggal je. Maklumlah mata nak terkelip kelip aje. Tak biasa pakai katanya uols.











Lilit lilit shawl tu aku yang nak lilit macam tu. Mula mula nak pakai tudung awning pastu letak je shawl tu atas kepala. Tapi tak kena je rasanya. Bila try pakai shawl terus okay pulak muka ni. Aku bajet confirm muka jadi bulat nanti, rupa rupanya oh tidak bulat yee :)









Lilit tudung bahagian depan tu Kay yang buatkan. Nampak kemas juga kalau tak serabai jugak aku buat :p










 Thanks Kay :)










Una pun ada. Dia datang lewat sikit je sebab pergi kenduri kahwin siapa tah.












Inilah housemate aku di Gemas sana. Kay dan Una.











Thanks korang sebab sudi datang dan menemani aku. Thanks juga sebab sudi menjadi sahabat baik juga pendengar setia kisah sedih aku sebelum ni. Terima kasih sangat sangat . Sayang korang. Semoga kita bersahabat sampai ke jannah ye :))












Saya yang sangat bahagia sekarang. Alhamdulillah :)
Oh ya bunga tangan tu kan uols...buat sendiri tu uolsss...












Macam lolipop kan? hehe..
Guna gabus pastu cucuk cucuk je bunga ros color baby pink + cream + light peach. Guna gabungan lima batang lidi jadi batang dia dan balutkan dengan renda pink. Lepastu ikat dengan riben biru sebab tema pink + biru + putih kan. Dah siap!












Thanks once again cik andam ku yang gorgeous. Kalau ada yang berminat nak tempah cik andam yang makeupkan aku tu boleh contact aku tau. eh.. :p
( p/s : tak payah pergi butik pengantin nak makeup bertunang. Mahal ya rabbi uols. Sampai 3 ratus! Bertunang je kot. Jangan membazir! )


Bye! :)






5 butterflies concerned.:

Siti(zoey) said...

selamat bertunang.

hana hadi said...

gambar atas tu skali tengok macam pelakon sariyanti :)

watyz said...

tahniah!! selamat bertunang!!!

Asyifa Mustaffa said...

selamat bertunang....mengajar dmna?

Dzureen Darwis said...

Cantik :)
Selamat bertunang :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com