Assalamualaikum.
Setelah mendapat persetujuan bersama, maka dulang hantaran kami ialah tujuh berbalas sembilan. Bertunang sahaja maka lebihkan makanan makanan manisan manisan aje kan. Hantaran aku mintak tolong Maksu yang buatkan. Semua pun Maksu. Hebak Maksu nih :)
Hiasan hiasan untuk hantaran guna bunga tisu. Aku bagitahu Maksu nak color biru dan putih. Pastu Maksu hantar gambar tiba tiba ada jugak color pink terselit selit. Tenggelam hantaran tu kalau color biru dan putih sahaja kata Maksu. Aku setuju kan aje. Asalkan cantik sudah.
1. Sireh junjung. Pagi dalam pukul 10 baru gubah dia ni supaya daunnya tak layu.
2. T-shirt Polo, belt dan wallet. Beriya cari kat House Of Leather. Padahal lepas beli tu tengok tengok dalam jusco lagi banyak pilihan, cantik cantik dan ada diskaun lagi. *nanges
3. Coklat Ferrero Rocher
4. Kek gorgeous
5. Coklat huruf huruf. Ni Maksu buatkan. Dia tulis kat situ 'SELAMAT BERTUNANG NANA'
Haha boleh? Mula-mula aku tanya jugak kenapa tulis tu Maksu? Nama Afzan takde eh..Maksu pun macam blur je tak tahu nak jawab. Kesian Maksu banyak sangat benda dia nak buat sampai tak sempat sempat nak tanya nama bakal tunang aku. Aku bagitahu Ranjen awal awal, dia kata sayang bertunang sorang sorang eh? Hahaha jangan perli kuat sangat boleh tak? :p
Dia kata boleh je lah, coklat je pun. Akhirnya kena makan jugak kan. *pasrah je
6. Blueberry cheese tart. Paling sedap! Ada sikit je haritu. Itu pun kena sorok sorok takut habis cepat :p
7. Buku 'Gerbang Perkahwinan'. Harapnya Ranjen baca lah buku tu. Tebal boleh tahan jugak. Jangan nanti bila dah kahwin aku tengok buku ni masih seperti keadaan asal aku beli. (rasa rasanya macam iye je. haha)
8. Buah- buahan. Pami dan Pikah yang sponsor.
9. Cupcakes. Mak yang sponsor.
Itu lah sembilan dulang hantaran dari aku buat tunangku :)
Hantaran dari Ranjen tak berapa nak ambik gambar sangat. Ambik pun cincai cincai je. Sebab masa tu photographer dah pergi makan lah mana lah langsung tak snap gambar hantaran tunang kite tau. Sampai hati tau. Tapi nasib lah aku sempat jugak snap sebab masa tu, warga rumah dah mula nak serbu apa yang patut dah. haaa
1. Sireh junjung
2. Ayam golek. Haaaa ni lah yang diserbu sangat tu. Tak menyempat, laju je diorang ni capai ni dulu. Tu yang aku nampak terus ehhh jap jap, kita nak ambik gambar dulu.
3. Kuih cucur (yeke tu nama kuih ni?) yang dibuat oleh kakak ipar Ranjen.
4. Pelbagai jenis coklat
5. Our cake!
6. Buah-buahan
7. Purse, jam tangan dan shawl.
Purse dan jam tangan memang sangat berguna. Thanks encik tunang. Love you more :)
Sekarang perlu prepare barang barang untuk next step pulak :)
Ayokkk
P/s : Doakan kami
1 butterflies concerned.:
Best nyaaaaaaa tahniah :)
Post a Comment