Followers

Pages

Thursday, June 6, 2013

Ais Krim Pulut



Assalamualaikum.

Minggu lepas aku pergi Kelantan setelah 24 tahun aku tak jejakkan kaki kat sana. Lama kan? Paling last aku kat Kelantan pun masa aku kecik kot. Mana nak ingat suasana semua tu kan. So, kebetulan Syafiqah (kakak iparku) dapat transfer ke negeri sembilan, maka ke kelantan lah kitorang menjemput dia kononnya padahal nak berjalan. :p


Aku perasan makanan kat Kelantan ni murah murah. Makan lah apa pun, semua murah. Maka kerja aku kat sana pun makann je lah. Kejap kejap makan pastu makan lagi pastu makan lagi. hadoii


Ais krim pulut uols pernah dengar? Aku memang penggemar pulut. Suka sangat. Apa pun makanan yang berasaskan pulut maka akan ku suka juga. So lepas je kitorang makan nasi ulam kat Kota Bharu, nampak stall jual ais krim pulut ni.







Mula mula teruja gila. Ais krim pulut? Apa tu apa tuu. 











Pulut dia color purple uols. Alahai comelnya. Rupa rupanya dia just letak pulut, kacang, jagung, roti, susu dan ais krim aje. Dah siap ais krim pulut. Hahahaha











Dan inilah rupa paras ais krim pulut tu. Pandai betul demo ni carik duit. :p
Dan pandai betul menggoda si penggemar pulut ni. haha











Sedap? Bagi aku biasa biasa je. Sebab ada pulut tu je aku rasa teruja nak makan. Habis je makan pulut, tinggal ais krim. Bila makan ais krim, dah mula rasa ais krim tu macam masam sikit. Maybe dia guna ais krim cap ayam je. Kalau guna aiskrim cap walls ke pasti lebih sedap. eh..


Okay lah just untuk manis manis kan mulut kennnn. Bye!







1 butterflies concerned.:

abdul qaim said...

Lain kali klu nk mkn jgn beli coconot Aiskrim.beli Aiskrim pulut.yg Tu lagi ori.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com