OMBAK RINDU
Bukak facebook cerita pasal ombak rindu, bukak blog review pasal ombak rindu, status kengkawan kat bbm pun ada unsur-unsur ombak rindu, semua nak ombak rindu je sekarang ni. Aku pergi tengok cerita ni semalam dengan adik kat MBO Terminal 2, Seremban. Penuh ok. Tinggal seat depan aje. Yang aku tak faham tu sanggup jugak tu beli tiket walaupun ko terpaksa mendongak ke langit semasa menonton. hehehe...
Aku bukan nak review sangat pasal cerita ni tak ikut novel sepenuhnya ke, lisa surihani tak sesuai watak milah ke, maya karin sangat cantik ke atau aaron aziz terlalu kacak di situ ke. Yang pasti overall movie ni memang touching. Sangat menyentuh jiwa dan mampu membuat ko menangis nak nak pulak time aaron aziz menangis kan. :p
Aku dan adik duduk seat paling depan sekali. Belakang seat kitorang ada sekumpulan lelaki. Aku syak umur dalam lingkungan 15 ke 17 tahun cam tu la. Yang buat aku angin tu bila diorang ni tak reti diam. Sebok nak bercakap aje. Kalau ada adegan sedih ke mula lah nak membahan kawan diorang yang agaknya tengah menghayati. Pastu gelak tak tentu pasal. Sangat mengganggu ok. Tapi aku biarkan je lah. Sabar je lah...
Bila tiba satu part sedih gila, adik nangis beria agaknya. Dia lap lap lah air mata dia tu guna lengan baju kan. Tiba-tiba salah seorang dari budak lelaki belakang kitorang yang betul-betul duduk belakang aku, sebok nak ejek-ejek adik. Dia dekatkan muka dia kat telinga adik pastu dia pun bunyi 'uuuuuu uuuuuuuuu' (gaya orang nangis). Aku pun macam terkejut lah kan apesal mamat ni. Aku pandang belakang tapi diorang pura-pura tengok skrin. Bila aku pandang depan. budak belakang aku tu tendang-tendang kerusi aku ok. Bongok kuasa sembilan!
Aku biarkan dulu dengan tekad di hati nak kenakan dia balik nanti. :p
Habis je cerita tu, orang pun mula bangun dan nak keluar dari panggung. Aku habiskan coklat snickers yang kitorang beli masa nak masuk panggung tadi. Sambil kunyah coklat tu sambil aku pandang budak belakang aku. Sinis je. Budak tu macam terkejut aku duk tenung dia cenggitu kan. Terus dia pura-pura tido. Bangang sungguh. Kawan-kawan sebelah dia terdiam je tengok aku. Ake tenung lagi budak belakang aku tu...
'Kau ni dari kampung mana?'
Dia senyap je. Muka agak cuak. Mungkin dia ingat yang duduk depan dia sebaya-sebaya dia je padahal aku ni dah tua bangka ok ko nak gurau bodoh macam kau buat tadi tu.
'First time masuk panggung ke?'
Dia terus senyap.
'Dasar budak kampung tak pernah masuk panggung!' Serentak itu, kulit coklat snickers kat tangan aku tu aku lempar ke muka dia. Tepat! Dan aku tarik adik terus keluar panggung.
Puas rasanya. :p
Budak baya tu kat sekolah aku cubit-cubit, maki-maki je kalau kurang ajar sangat dengan aku. Ha rasakan!
Adik tak berani nak melawan. Takpe dik, kakak mu ada untuk melindungi. ekekeke....:p
Pastu pergi minum petang. heee
Bye
5 butterflies concerned.:
serius ckup mjengkelkan bila ade org bt mcm tuh!huhu..serius tk hormat orang lain.nbiel slalu jgak kena mcm tuh,mmg thp sabar tu ada lagi, sebab tkde lah smpi dekatkan muka ke tlinge kan..tuh mmg mintak pelempang sangat2 la..huhu
setakat nie just kerusi kne tendang2 dri blkg tuh..
hmm susahkan kalau ada manusia2 cenggini.. langsung xrespect hak dan privacy org lain.. kalaulah boleh buat magic.. elok didelete jer diaorg dr muka bumi.. huhhhh..
nabiel ;
kan?
tendang2 kerusi tu pun dah kira sangat2 mengganggu..kita beli tiket nak have fun, nak enjoy da movie tapi bile ade mangkuk ayun macam ni, terus spoil da mood kan?
huhu...
ct R miena ;
wahh..siap nak mintak magic tau..hehe..
kalaulah ada magic tu kan, jangan delete terus..kita tukar dulu diorang jadi kambing ke monyet ke apa yang patut..baru seswai gitu..
hehehe...
terbaek saon tepek macam tuh..syabas :)
tapi bahaya tau..silap ari bulan dier ikut sampai carpark ke hape..haih..bahaya..bahaya ._."
Post a Comment