Assalamualaikum.
Harini nak cerita pasal kerjaya sikit boleh? Sebenarnya nak post entri ni pada 22 November haritu tapi dah terdelay lama sangat pulak. Masuk bulan Disember dah pun kan. heee~
Kenapa 22 November? jeng jeng jeng.....
22 November 2010 ialah tarikh aku dipostingkan. So, sudah pun genap setahun aku bergelar cikgu. :)
Pejam celik, pergi sekolah, balik sekolah, eh dah setahun? hehehe..Rasa macam mimpi je. *nampak sangat tipu
Banyak pengalaman yang aku dapat selama setahun ni. Baik yang manis mahupun pahit. Pahit macam mana pun berjaya juga aku lalui. Alhamdulillah....
Nak share sikit lah gambar-gambar formal kat sekolah dengan uols. Asik gambar syok sendiri je aku tempek kat blog ni kan. Tak pasal je korang confuse betul ke tidak yana ni cikgu sebenarnya kan? Ke menyamar je macam si Nuren tu? ekekeke... (oh ye uols...Nuren penipu tu dah block i uols. Sungguh kurang ajar)
Ok dah jom kita lupakan dia.
Ini gambar aku bersama pelajar tingkatan 4. Hari-hari aku mengadap muka diorang ni. Hari-hari jugak lah aku kena membebel suruh diorang siram pokok, cantas dahan, merumput, menggembur, segala tu lah bila masuk bengkel Landskap. Dengan diorang ni juga lah, buat pertama kalinya aku berjaya mengajar membuat kerusi simen fero. :')
Diorang ni dalam hari-hari buat aku sakit hati, ada juga ketikanya buat aku tersenyum. Tapi buat aku sakit hati lebih banyak dari buat aku senang hati lah kan. Lagi-lagi kes cat kelas tu. Sentap sampai sekarang ok! hehehe...
Ok. Ni pula gambar aku dengan pelajar dalam Persatuan Pandu Puteri di mana aku selaku ketua guru penasihat. Banyak jugak cabaran handle persatuan yang aktif gila ni. Siapa yang ikut blog aku dari dulu mesti tau kan? Tak larat tau asik nak mengadu kat blog aje pasal pandu puteri ni. Asik meeting aje kejenya. Macam takde keje laen tau. hehehe.. :p
Oh. gambar dengan team bola tampar ialah tiada kerana ketika sesi penggambaran sukan dan permainan, aku bertugas di luar kawasan. So sedikit rugi di situ.
And lastly, gambar bersama rakan sekerja. :)
Semoga di tahun akan datang, aku lebih kuat dan kental menghadapi dugaan kerjaya yang gorgeous ini (kerjaya pun gorgeous ok! hee)
Dan semoga di hari mendatang, keikhlasan dan kesabaran hati aku ni lebih tebal dalam mendidik anak bangsa yang degil tak boleh blah. :p
Aminn...
* Esok paper Sains Pertanian. Last paper uolss. Merdeka!!! eh?
:p
8 butterflies concerned.:
eehh..stahun dh yea?
rse cm baru jek..hehhee
pengawas periksa pun merdeka juga :)
good luck yeah.. ;))
nabiel ;
kan?rase mcm baru sehari..hahaha
halizab ;
hehehe..mesti! :p
mocco herry ;
thanks yeah.. ;))
truskan mendidik anak bangsa.Cuti sekolah cikgu pi mana.jgn2 tido je kot.hehehe
saiful bakhtiar ;
terima kasih..cuti2 ni rehat2 kat rumah je. :)
Post a Comment