Followers

Pages

Sunday, March 27, 2011

episod untuk dikongsi



Assalamualaikum.
Seperti biasalah kalau entri berlabel career focus memang ada sedikit emosi di situ. heeee~
* Saya bukan mengeluh tapi saya hanya mahu berkongsi....








Minggu ini berjalan seperti biasa. Hari Isnin seperti biasa memang monday blues. Biasalah baru naik cuti kan. Haruslah menjadi sedikit blur-blur dan semangat ialah suam-suam kuku sahaja. :p
Hari isnin aku telah dikejutkan dengan pembinaan dinding di belakang kelas 4 Cantik. Dinding itu dibina ketika cuti sekolah. Aku gembira sebab dah takde lubang-lubang untuk ditinjau oleh kelas sebelah ketika proses pembelajaran berjalan.







Beginilah rupa paras belakang kelas 4 Cantik sekarang.
Aku sedih sebab usaha aku mengecat kelas tempoh hari menjadi sedikit sia-sia di situ. Tapi takpe, untuk keselesaan anak-anak murid juga kan. Tapi aku jadi makin sedih sebab pekerja yang membuat dinding ini tidak bertanggungjawab langsung. Mereka telah menanggalkan carta-carta mata pelajaran yang telah aku buat. Ya, segala berkaitan kelas memang aku yang buat untuk pelajar tingkatan 4! Padahal aku dulu masa tingkatan 4, guru kelas memang serah bulat-bulat kelas tu kat pelajar kan. Lantak lah kau nak hias ke taknak ke sebab itu kelas kau *____*









Pinggan kertas yang ada kata-kata semangat ini juga terbiar bersepah di atas lantai.


*sedih*


Maka sekarang kelas aku dah takde sudut-sudut mata pelajaran. Sudut-sudut mata pelajaran yang lama telah rosak dan tah ke mana-mana. Itu semua hasil duit dan titik peluh aku seratus peratus tanpa anak murid 4 Cantik itu kesah pun.


*sedih lagi*









Alas meja juga telah rosak. :(
Kenapa diorang langsung tak boleh berfikir?
Aku sakit hati sebab duit membeli pembalut meja ini juga ialah duit aku.
ggrrrrrr!









Bukan sahaja pekerja yang membina dinding itu tak bertanggungjawab, tetapi anak murid aku juga begitu. Ini ialah sudut di hadapan kelas yang ada pokok-pokok hidup. Kelas Landskap kan. Padahal diorang yang beria nak letak pokok ni kat dalam kelas tapi diorang taknak jaga. Antara 22 orang pelajar tu, takde sorang pun yang ada rasa tanggungjawab nak siram pokok-pokok ini. Lalu mati lah ia kerana tidak mendapat air. :(
Takkan siram pokok ni pun guru kelas yang nak kena buat kan?









Kerusi guru sama je macam kerusi pelajar.
Sama taraf kah kita?


*sedih lagi*




Aku tak tahu nak buat apa lagi dengan kelas ni. Diorang tak tahu menghargai.:((








Dan hari selasa aku kena hadiri mesyuarat Pandu Puteri lagi. YE LAGI.








Pas habes sekolah aku terus ke mesyuarat ini. Aku lupa nak pakai baju warna biru.
Lalu aku ialah satu-satunya guru yang memakai baju berwarna MERAH ketika mesyuarat itu. hahahaha




*tak tahu nak sedih ke tak..sebab rasa macam kelakar je...*







Jumaat petang, tiba lah masa untuk bergotong-royong mengemaskan Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini. Aku pegang bilik ni so memang kena jaga semua lah kan.













Aku juga diminta untuk duduk di sini.
Nak taknak memang terpaksa tapi kat bilik guru pun meja aku tetap ada. Kira aku ada dua meja la. (tamak disitu)



*pasrah aje*








Aku dan rakan-rakan ialah ajk Kelab Guru Dan Staff. Dan ini ialah hadiah pertama yang dibeli untuk guru yang baru bersalin. huhuhu..Kiut kan? Rasa nak curik je satu losyen..hehehe :p



Tiba-tiba pada hari jumaat aku dapat surat dari pejabat. Aku dikehendaki menjadi pengadil untuk Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD di Tampin pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bersama lima orang guru lain termasuk Kay :). Maka, memang hitam lah aku nanti kann. dush!


Mula-mula aku macam " Kambing betol kenapa aku pulak yang kena pergi!!!"
Tapi tiba-tiba menjadi gembira sebab kena pergi dan tak payah duduk kat sekolah sebab next week ialah minggu yang bahaya. Bahaya sebab hari selasa ada mesyuarat PIBG. Confirm-confirm ada perlantikan ajk baru kan. So aku memang terlepas di situ. heeee.. Dan, hari khamis pula, orang-orang dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan datang membuat pemantauan. Dan confirm-confirm juga diorang akan observe guru dalam kelas kan. So selamat juga aku di situ. heee~



Alhamdulillah.....








SEMOGA AKU DIBERI LEBIH KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI.



4 butterflies concerned.:

amie said...

kesiannya cikgu cantik, takpa2..lepas ni ajak anak murid tolong hiaskan balik na, kita palam terus bagi diorang takleh bukak. agak2 letak dinding konkrik ok dak? tampal dgn skru saiz 30 inchi ke.

Nabiel said...

alahai..
cian ckgu.~huhuhu...
sabo yea dlm mnjadi seorang pendidik ank bangsa nie..biasa la yana~
berbudak skrng bkn mcm dulu..hehehe
ayokkk..siapa yg bt ckgu yana nangeh nie?hehehe..
cpt2 bg hdiah kt dia..=P

NaniE said...

Ya, semoga cikgu diberi kekuatan untuk terus menghadapi dugaan ini..amin..

farah shamira said...

terrible gile kelas ko. aissh. debik sorang2 je anak murid ko tu. xtau menghargai langsung. aku pon bt sendiri tau dulu. xde maknanya cikgu nk buat semua. ape ppon. sabar la ko. lepas ni minta tukar la tempat lain :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com