Assalamualaikum.
.5 MAC 1961.
Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada ibunda saya, Puan Jumeah Binti Amir.
Semoga emak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.
Emak sentiasa yang teratas dalam hati kakak.
Love u so much my dear queen. <3
Semalam harijadi emak. Aku memang nak balik Seremban untuk salam emak dan wish selamat kat dia. Nak belanja makan, nak bagi hadiah. Tapi aku ada tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Memandangkan jawatan ketua guru penasihat Pandu Puteri disandang oleh aku, maka aku kena hantar murid aku ke Bangunan Pandu Puteri cawangan Negeri Sembilan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
Sekarang kau bagitahu kalau aku menangis mengenangkan ini berbaloi tak?
:'(
Aku terpaksa.
Aku memang guru baru yang takde ilmu langsung pasal Persatuan Pandu Puteri. Nak bezakan renjer puteri dengan pandu puteri pun sedikit confuse tau. Cikgu-cikgu senior kat sekolah aku pesan, awak kalau takde uniform nanti awak malu...at least awak kena pakai baju plain warna biru.
Nasib baik ada baju kurung kosong warna biru tau. huhuhu.. So aku dengan Una membawa anak murid seramai dua orang ke tempat tersebut.
Sampai sana, semua pelajar ialah memakai baju uniform color hijau tu ok. Anak murid aku dua ketul tu je yang sesat pakai tshirt pandu puteri warna biru. Kesian diorang. Masalahnya, cikgunya ni pun malu tahu tak? hehehe..
Cikgu-cikgu lain semua pakai uniform warna biru tu. Aku dengan Una je sesat pakai baju kurung suka hati warna biru. Hahaha nasib baik warna ikut tema so taklah rasa macam nak sagat muka kat jalan sebab malu kan. :p
Serius ohh tak sanggup nak tengok diorang ni. Aku pun tak tahu kenapa diorang takde uniform hijau tu padahal diorang dah tingkatan tiga. Hadoiii sedihnya aku pegang persatuan ni. Dah la persatuan ni aktif gila. Semua yang aktif tu terdiri daripada wanita-wanita yang agak berusia pulak tu. Diorang macam tak kisah ada aktiviti je sentiasa. Aku pun naik confuse diorang ni takde family ke kat rumah? teeettttt. upss terlebih suda. :p
Nasib baik kebetulan Una sama persatuan dengan aku. Ada lah jugak kawan yang boleh bersama-sama memblurkan diri. :p
Aku berazam nak tempah terus uniform Pandu Puteri lepas ni. Nak belajar semua pasal Pandu Puteri dan cuba mengenali apa itu Pandu Puteri. Dah kenal nanti mungkin akan jatuh cinta bukan?
Aku akan cuba pupuk jiwa di situ. Goodbye Kadet Polis. :(
Uols doakan i ye.
1 butterflies concerned.:
go go cik liyana!! :)
Post a Comment