Followers

Pages

Wednesday, March 2, 2011

percutian ke bukit tinggi vol 5




Dan ini yang kelima merangkap yang terakhir. :)






Selepas menaiki kenderaan tersebut, sampailah pula ke destinasi ini - Japanese garden.
Mula-mula sampai dah kena mendaki bukit yang tak berapa tinggi tapi mampu mengeluarkan peluh. Suasana sekeliling nyaman je sebab penuh dengan pokok-pokok hutan yang menghijau.






Senibina jepun dah mula terserlah. Banyak batu-batu, kayu-kayu, pastu rumah yang ada kat situ semuanya bertemakan negara matahari terbit tersebut.






Air terjun mini.





Ewahhh sempat.







Ada disediakan perkhidmatan menyewa kimono. Untuk bergambar kenangan dalam masa sejam dah habes berpuluh ringgit. Maka, aku tidak melibatkan diri. haha
Just tengok dari luar je macam mana diorang pakai kimono tu. Ada pelbagai color untuk lelaki dan untuk perempuan. Tapi the pink one paling tercun di situ. hee






Di luar rumah jepun. Dah gaya macam nak bertapa je tu. ngeee~








Kesian i teringin nak pakai kimono pink tapi tak kesampaian, tengok aje lah orang lain pakai dari jauh. huhuhu
*Tiba-tiba nak meratapi nasib pulak kan..lempang sekali. haha








Di depan pintu masuk rumah jepun. Semua tak ready lagi, lensa kamera ni laju je snap-snap taww
(dush lagi :p)







Kat tengah-tengah hutan belantara tu tiba-tiba pulak ada spa engko! Jangan memain. hehe
Tatami spa ni menawarkan pakej seperti di spa-spa lain tapi mahal ohh. Terpaksa i membatalkan juga niat suci murni i untuk memanjakan diri di situ...sob...sob...








Pastu last sekali sampai kat restoran jepun ni. Penuh gila orang. Tapi aku sekeluarga tidaklah mahu masuk dan menjamu selera di situ pun sebab entah makanan apa pulak la yang disediakan kan. Halal ke tak pun tiada tahu.
So, bergambar kenangan aje lah kitee.



 





Pastu dah habes jalan. Serius penat berjalan kat Japanese garden ni. Nasib baik, ada kedai jual cenderahati. Dia memang tahu pengunjung pasti penat gila, so dia jual aiskrim. Semua yang datang situ memang akan beli. hahaha
Semua jenis dan perisa yang sama pulak tu. :p









Dah habes pusing Botanical Garden dengan Japanese Garden, next destination ialah Rabbit Park. Tiket untuk masuk ke dalam sana ialah RM3 seorang. Rabbit park ialah dipenuhi dengan arnab-arnab pelbagai generasi. Pastu ada aktiviti menunggang kuda. Kena tambah duit lagi kalau nak tunggang kuda. Tapi aku tengok takde pun kuda. Keldai ada la. Comel je. Memang semua stok budak-budak kecik je la yang menunggang keldai tu. Kalau orang dewasa yang tunggang keldai tu, terus pengsan agaknya si keldai comel tu. hee





Pastu dah habesss. Kita pun balik.
Berjalan-jalan di Bukit Tinggi tak payah dua tiga hari. Sehari cukup.
Nak kata best tak la best sangat. Nak kata tak best pun tak juga. Biasa-biasa sahaja.




Anda cuba, anda rasa.




Selamat Bercuti ! :)



 


1 butterflies concerned.:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Pergi pagi blk ptg ok lah.. sebab kawasan dia kecik ja.. cam ok jugak lah bagi akak...

Gambar last tangkap dpn lif ek?? me ada satu. :p

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com