Followers

Pages

Saturday, March 26, 2011

hohoho balik kampung




Assalamualaikum.



Pada penghujung cuti sekolah yang lepas, aku dan keluarga telah pulang ke kampung nenda di Johor. Sepupu aku kahwin maka kena menghadirkan diri. Mak cakap kalau kita malas ke kenduri kahwin orang lain, nanti kenduri kita takde orang nak datang. ke? Ohh baheklah ibunda. Saya pasti pergi.


Mak ada cakap lagi. Kalau kita kedekut nak bagi hadiah perkahwinan kalau orang lain kahwin, nanti kita kahwin kita tak dapat hadiah. Ohh baheklah ibunda. Saya pasti beli.


heee~


 





So, sebelum sampai rumah nenda, kitorang singgah ayer hitam. Tapi seperti biasa lah, kalau dah jumpa tempat macam tu, mesti takde maknanya nak cari hadiah perkahwinan terus. Haruslah aku menyimpang dulu cari barang untuk diri sendiri. :p
Beg raga yang comel ada riben tu kat sini murah-murah. Harga dia kalau nak dibandingkan dengan kat mana-mana mall, memang beza dia berganda-ganda ok. So, janganlah terpedaya kalau harga beg raga di pasaran mencecah RM 50 la RM 60 la. Semua itu dusta cewah. Kat sini boleh dapat dengan hanya RM 15 sahaja. :)



 





Mula-mula nak belikan ini untuk sepupu supaya boleh jadi perhiasan di rumah dia. kekeke..
Memang kena lempang terus la kann. hehe :p







Last-last kita belikan sebuah peti ais lima tingkat berjenama singer.









Haaa tu hadiah yang i harap i dapat bila turn i nanti. boleh? :p







Encik driver.


 





Baby pun ikut serta ok. Dah la dia tak reti duduk diam. Mengiau sana mengiau sini. Habes kereta aku penuh bulu dia tau. Gggrrrrrr....
Balik je Seremban terus aku pergi car wash mintak diorang vacuum besih-bersih.




*Taknak kawan baby*








Kalau dia dah penat sangat je baru dia tahu nak diam.
*___*




 





Kitorang sampai petang dalam pukul 3 macam tu. Semua dah pergi ke rumah Mak Long untuk merewang. Rumah nenda dan Mak Long aku tak berapa jauh. Boleh lah juga kalau nak berjalan kaki tapi penat lah kan.


Malam tu, ada majlis khatam quran. Aku bawak baju kurung sepasang sahaja tahu? Itu pun untuk dipakai pada majlis hari esoknya. Mula lah sedih sebab terpaksa pakai baju yang sama untuk malam itu dan untuk hari esoknya. Nenek boleh pulak nak offer aku pakai jubah dia. *__*


I bukan tak sudi, cuma segan macam tak berapa nak kena je kalau i pakai jubah. hehe :p




Last-last, pinjam baju sepupu.
:)


 






Antara sepupu-sepupu yang ada. Kitorang tukang makan je malam tu.
heeee


 






Ini kupu-kupu yang belajar sama maktab dengan Kss. Eh silap. Bekas maktab Kss. :p



 





Abang dan kupu-kupu lah yang agak bekerja keras pada malam itu. Busy menebar roti canai. hehehe....




Entri kahwin-kahwin ialah bakal menyusul.



Bye. :)



 

1 butterflies concerned.:

Aujinz said...

depa nie kreatip betul bab bab kraftangan nie.. jeles jap..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com