Assalamualaikum.
Nak dijadikan cerita, minggu ni kan minggu last adik bercuti semester, kebetulan jugak sekolah aku amik cuti seminggu untuk chinese new year sebab student dan guru sekolah aku tu ramai cina. Seronok memang seronok tapi mendapat lah nak kena ganti balik nanti. Tak memasal kena sekolah hari sabtu. *pasrah
So, kebetulan lagi mak dengan abah pun memang ada ambik cuti. Terus abah ajak jalan. Nak tidur hotel tak kuasa tau sebab kucing-kucing kat rumah kesian tak makan nanti, so kita bernight one only aje lah ke Melaka sana. Kenapa Melaka? Sebab itu paling dekat. hee...
Ehem. Gojes tak handbag lv ciplak i tu? :p
Motif? Memang nak bagitahu yang i seorang yang gila handbag. Tak kira lah ko ori ke cap ayam ke beli kat butik ke beli online ke beli kat Jalan TAR ke. eh?
:p
Jonker Walk, Melaka. Eh macam pernah terjah je? hehe..
Kitorang berjalan di malam hari dengan family Pakteh. Pakteh memang duduk Melaka. Pakteh dan makteh dua-dua pun polis. Sama dengan mak n abah. Diorang ni memang sejiwa lah asal borak je pasal polis. hehe.. Malam tu makteh kerja. Kebetulan lagi. Senang sangat lah nak dapat parking sebab makteh ialah tourist police kat bandar Melaka tu. Aci tak? :p
Tersangat ramai orang kat Jonker Walk malam tu. Yelah dah memang tengah beraya kan. Sangat sesak ok. Tak sanggup nak redah. Kitorang sampai kat pintu gerbang ni je pastu ok bye Jonker Walk. hihi..
(nasib baik dah pernah pergi dengan kss haritu :) )
Klik -----> WALK WALK DI JONKER WALK
Gambar ialah gegar sebab encik cameraman jalan laju. hihi..
Kitorang sambung berjalan kaki di tepi sungai Melaka.
Kincir air. Waktu malam kawasan sini ialah super cantik. Beza sangat dengan suasana waktu siang.
Klik -----> MELAKA WITH LOVE
(Tak habis nak mengimbau kenangan je lah aku ni kan..haha..)
Eh? Tak nampak pulak apa nak dihighlight kat tangan tu kan. :p Fokus pulak kat muka i. Maafkan muka i yang macam pakai banyak bedak je kat situ. ekeke..
Ni ha. Super cantik!
Nak highlight hotel gojes ni sebenarnya. Alahai cantiknyaa. :)
Nak naik river cruise tapi ramainyaa lah orang. Beratur kemain panjang. Tak kuasa nak tunggu lama-lama tau. So tak jadi naik bot tu. Tengok aje lah. Nasib baik juga aku dah pernah naik haritu. :p
Kupu-kupu ku. Dari kiri Qistina, aku, Anis, adik. Sama tak cara kitorang senyum? Siapa paling gojes kat situ? eh...
*over :p
Lastly, ke Menara Taming Sari lah kitee. Jauhnya rasa perjalanan malam tu. Bayangkan kereta parking kat Muzium Stadthuys color merah bata tu, kitorang menapak sampai ke tapak menara taming sari ni. Fuh jauh ok. Dah la jauh, kitorang belum dinner pulak tu. Sabar je lah perut, sabar je lah kaki. hehe..
Ni pengalaman kali kedua aku naik menara ni. Dulu pernah naik sekali masa zaman universiti. Pastu lupa-lupa ayam macam mana perasaan masa naik tu. haha..
Again. Orang sentiasa ramai. Ramai-ramai pun tetap tegar menunggu giliran. Tak faham betul. hehe...
Rasa nak lempang je tengok muka teruja adik ni. haha..
Ni dah kat puncak. Dia pusing selama 10 minit kot untuk bagi kita tengok pemandangan bandar Melaka tu pada waktu malam. Cantik lah jugak. :)
Tapi pusing lama sangat pun boleh kasi boring jugak :p
Free magnet fridge ni masa beli tiket.
Setiap orang dapat satu. Penuh lah fridge kat rumah tu dengan benda alah ni je. :p
Jeng jeng jeng...inilah our makteh. Kebetulan kena bertugas pulak malam tu. Kesian makteh. Gelap pulak gambar ni kan. Maafkan gambar kerana cahaya tak berapa nak cukup uols.
Dah habes tu, kitorang pergi makan malam. Dah pukul 11.30 malam dah pun masa tu ok. Bayangkan perut semua orang dah berbunyi irama pop rock agaknya. Makan kat restoran yang masak ala-ala chinese gitu. Bermakan besar lah kami pada malam itu seperti menyambut tahun baru cina. hehe..
Dan malam tu jugak kitorang gerak balik Senawang. Sekian.
Thanks Pakteh sebab belanja kitorang semua-semua. Semoga murah rezeki ye.
Bye. :)
13 butterflies concerned.:
Bulan 4 nnti ai cadang nak cuti2 melaka..bagus dapat baca entry ni...dah bole plan nak gi mana..
wah best pegi jenjalan kat melake kan..bnyk tmpt boleh pegi :)
bestnye jenjalan.... hari tu saya sempat ke taman buaya aje. Dah la encik suami demam....
www.mrslya.com
Syoknyaaa outing... Eh I pun suka handbag gak... Best kan hehe...
kampung wa tu..rindu wa nak jalan2 kat sane
lamanya tak g melaka..:)
cik sibuk ;
hehe..ala entri cincai2 tak seberapa je ni... :p
thanks anyway ye :)
emy zulaiha ;
kan? melaka memang membangun.. :)
mrs lya ;
alolo ciannye..kena semua sihat mihat baru syok nak jenjalan kan?
takpe..nanti leh pergi lagi. :)
hanis my ;
yeah..handbag for life! hehe..
meh sep sikit?
:)
mr feckry ;
kalau kg sendiri mesti dh naik muak jenjalan sana kan? hehe..
normi nieza ;
ha jangan tunggu2..pergi sekarang jugak! hehe.. :p
hello...Melaka memang cantik n sesuai untuk berjalan-jalan dengan family.. Tapi kalau nak kerja kat melaka memang membosankan.. Sebab saya kerja kat melaka then i tau kebosanan kerja kat Melaka.
Post a Comment