Followers

Pages

Thursday, October 27, 2011

Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan PMR



Assalamualaikum.

Saje nak kongsi pengalaman menjadi pengawas peperiksaan dengan uols. First time jaga kan so meh dekat meh selami jiwa mereka yang pernah menjadi pengawas ni..hehe..


Aku ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah sekolah yang jaraknya lebih kurang 17 km dari sekolah aku mengajar. Perjalanan dalam 10 minit macam tu lah tapi boleh menjadi 20 minit jugak kalau hujan agak lebat atau banyak lori yang melalui jalan yang sama. Sekolah aku jaga tu sekolah felda uols so majoriti memang melayu kite aje lah.


Sekolah tu tak besar mana. Pelajar yang ambik periksa pun cuma tiga kelas je maka keseluruhan ialah 130 pelajar lebih kurang lah. Dewan besar ialah tiada so jawab exam ialah dalam kelas yang boleh buka-buka tu.
Paling utama apabila menjadi pengawas peperiksaan ialah kau akan rasa MENGANTUK! haha. Serius ok benda ni memang terjadi pada aku. Bayangkan budak jawab exam paling lama pun 2 jam 30 minit. So kita kena tunggu dan jaga diorang ni dengan jujurnya. Tak boleh baca buku ke, baca majalah ke, main sms ke, main bbm ke, berborak sakan ke, tak boleh ok.


Budak nak pergi toilet pun haruslah diescort! Paling best escort budak lelaki lah kan? ekekeke..tak la gurau aje uols. Kena escort sebab kalau terlalu lama dalam toilet tu kot lah dia meniru ke, dia pengsan ke, dia lari balik rumah ke, semua kemungkinan lah kita taknak terjadi. Kalau tak, tak kuasa tau nak escort diorang pergi kencing berak buang hingus betulkan tudung semua tuu.


Kebetulan, sekolah tu ada 4 orang pelajar khas. Maksudnya pelajar-pelajar ni dalam kategori lemah lah. Oku dari segi mental pun ye jugak. Fizikal diorang normal je macam pelajar lain. Ada seorang tu kesian sangat. Dia sepatutnya dah tingkatan 5 dah tapi disebabkan kelemahan otak dia, dia masih lagi di peringkat PMR. Lemah dia tu memang lemah lah (apa ni?). 



Contohnya, kita dah bagi arahan tuliskan nombor kad pengenalan masing-masing pada ruang yang disediakan. Tapi pelajar ni pergi tulis angka giliran dia pulak. Tu pun salah ok. Kalau ada nombor 0 dia tinggalkan tak tulis apa-apa. Kita jugaklah yang tolong tuliskan. Pastu, kalau jawab kertas 1 yang objektif tu kan, kan kena guna borang omr tu kan, dia tak reti nak hitamkan jawapan dia. Contohnya nombor 2 dia pergi hitamkan A B C dan D. Hebat betul semua dia hitamkan. Kita pun ajar lah dia satu soalan hanya satu jawapan aje wahai murid. Dia jawab ok ok. Tapi tak betulkan pun. Mungkin dia lambat faham ke apa ke aku pun tiada pasti. Kesian sangat. :(


Kalau jawab kertas 2 lagi hebat. Contohnya paper Sains, selama 2 jam tu dia tak jawab apa-apa langsung. Dia tak tidur pun, dia just tenung je kertas soalan tu. Ada satu part tu kena labelkan nama radas. Dia tak tahu nak jawab apa. Nak dekat habis masa aku tengok dia salin balik mana-mana perkataan yang ada. Radas tu ialah termometer tapi dia labelkan dengan 'Berdasarkan'. Sungguh aku tak sampai hati tengok dia. :(


Pelajar khas ni ada hak untuk mintak masa tambahan tau kalau masa dah habis. So untuk paper Bahasa Melayu Kertas 2, kan karangan kan...dia mintak masa tambahan. Padahal sebelum tu dia termenung aje. Masa tambahan yang dia mintak tu ialah semata-mata untuk dia salin balik petikan dari dalam kertas soalan. Ya Allah..tak sanggup aku tengok wajah pelajar tu masa dia hantar kertas jawapan dia. Rasa nak nangis pun ada mengenangkan masa depan dia..huhu..


Pelajar normal pulak, dapat je kertas soalan terus laju-laju buat. Mula-mula aku macam...wahh bagus budak-budak ni semangat jawab exam. Rupa-rupanya uolsss..diorang jawab laju-laju sebab nak tidur uols! Hampeh sungguh. Aku tolong kejutkan jugak tapi kalau dah lima kali kerja aku kejut kau bangun tidur aje lah? Majoriti pulak tu berkejar nak tidur.


Wahai anak bangsaku...bangkitlah nak..Sedarlah dari tidurmu... Ni PMR nak..bukan ujian bulanan..(Nak aje aku bagi pengumuman macam tu dalam bilik peperiksaan tu tau..takut terkejut beruk pulak semua orang kang..ekekeke..)

 
Oh ya..aku kalau jaga exam tak berapa gemar nak lalu-lalang tawaf tah berapa kali kat pelajar yang jawab exam tu. Sebab masa aku jadi pelajar dulu, aku sangatttt lah rimas kalau pengawas yang jaga tu duk lalu lalang tepi aku pastu berhenti duk baca jawapan yang aku tulis. Sangat tak suka dan rasa menyampah. So aku cuba untuk tak lalu-lalang pastu tunjuk bagus baca jawapan pelajar. Kesian diorang nanti rasa terganggu.

 :)







Tak tahu lah nama aku naik ke tak untuk jaga SPM tahun ni. Tu lagi satu cabaran tu. Berjam-jam nak jaga...zzzZZZzzzz...





11 butterflies concerned.:

blogtilldrop said...

Pengalaman baru ker... ?

Gaara said...

cikgu rupanya...:-)

butterflyana said...

blogtilldrop ;

ermm...baru tak baru sangat la..hehe

butterflyana said...

gaara ;

hye..selamat berkenalan

hee

Gaara said...

hi..selamat berkenalan jugak :-)

dali said...

so sebagai guru take note la pljr2 special n plan something for them..mngkin kekurangan mereka dr segi akdemik tp ad klebihan pd bnda len..kemahiran mngkin..atau ap sja..

butterflyana said...

dali ;

betul tu..pelajar macam ni memang ada kebolehan pada benda lain..cikgu habis daya dah nak tolong..semoga ada rezeki untuk pelajar2 macam ni..aminnn...

mr and mrs sapic said...

na..pelajar khas 2 laki ke pompuan??? kalo laki hensem x??kalo pmpn cun x???=)

Pharmalif said...

Cikgu adalah pendidik bangsa. baik cikgu baiklah bangsa tu. tak gitu cikgu? :)

butterflyana said...

yanti ;

laki..hensem boleh tahan jugak tapi blur2 je..hehehe

butterflyana said...

pharmalif ;

gitu..hehe

tapi budak sekarang ni dalam kepala dia ada apa pun tak tahu lah..kita pulak yang lebih risaukan dia..huhu

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com