Followers

Pages

Saturday, October 29, 2011

Nasi Arab Damsyik, Senawang


Assalamualaikum.


Bertemu lagi kita dalam rancangan JJCM (jalan-jalan cari makan). Hee..
Restoran Nasi Arab Damsyik ni terletak di antara Senawang dan Paroi. Ala dekat jugak lah dengan Pusat Dakwah Paroi. Tak pun bagi warga Seremban semua, korang mesti tahu mana letaknya Taman Guru kan. Ha situ lahh. Padahal restoran ni dah lama menapak kat situ aku baru heboh nak promote-promote. Dasar ketinggalan zaman. ekekeke....


Restoran ni sentiasa ramai orang ok. Tiada lah ku faham kenapa. Nak-nak pula kalau bulan Ramadhan, time berbuka tu memang sesak macam ada kenduri kahwin siap bukak meja kat jalan lagi. Punya lah ramai. Aku kalau lalu situ memang pandang aje lah tak sempat nak singgah.




 Akhirnya malam tadi berjaya juga makan di sini.




 

Ni pintu masuk Restoran yang ala-ala arab gitu.
Orang ramai jugak tapi kebetulan kitorang sampai je, meja kat depan tu kosong. Rezeki.. Kalau tak rasanya memang penuh siap kena booking dulu.



 




Suasana restoran ni meriah dengan lagu-lagu arab. Pastu tukang serve nya pun siap pakai tarbus. hehe comel.
Tulisan welcome semua tu ialah dalam bahasa arab uols. Nak naikkan mood arab lah tu. Kitorang dapat meja kat luar je. Ada bahagian dalam boleh duduk atas lantai tapi penuh pula.



 



Menu untuk makanan. Harga boleh tahan lah. Kitorang order set Khamsa dan ayam 1 ekor. Pastu Pami nak tambah kambing. Teringin nak makan kambing katanya.




 




Untuk minuman pula, kitorang order teh pudina panas dan teh pudina sejuk.


 


 



Bekas air dia ala-ala zaman ya ali li ali baba..ya aliiii....(camtu ke?)






 


Unik gitu.








Gelas nya pun alololo kenapa comel sangat ha?





 




Comel kan? :)
(Sila refer pada gelas bukan pada orang yang pegang gelas itu ok? Orang tu memang dah sedia comel, takyah tanya tanya lagi...hihihi.......LEMPANG!)

 





Di sekitar restoran ni ada pokok kurma uolss. Nampak tak kat gambar atas ni? Sekali lagi sila refer pada pokok itu bukan pada encik yang sedang berselera menikmati nasi arab itu ok?



 


 


Ok. Nasi telah sampai.
Hambik. Sekali dekat dulang dia letak tau. Dengan ayam seekor juga dengan kambing beberapa ketul. Pastu ada potongan ala-ala arca buah tu.





Memang banyak sangat nasi dia. Menangis lah kitorang nak habiskan walaupun masing-masing tengah lapar. hehe...






Nasi dia sedap uols. Panjang-panjang gitu pastu rasa dia sedap lah. Memang ada rasa. Tapi kalau aku, bagi makan hari-hari muak juga. hee
Ayam dia pun sedap. Lembut je. Pastu dimakan dengan sos apa tah nak kata sambal belacan bukan, nak kata air asam pun bukan, nak kata sambal kicap lagi lahh bukan. Sos arab lah tu agaknya. :p Sedap! Makan memang pelahap lah semua orang termasuk i yang konon-konon makan sopan ni. Takde makna nya sopan uols. Laju juga bila mengadap makanan. hahaha...

 




 
Dan tak habis. Banyak sangat nasinya camne nak kasi habes? Kalau ada adik yelah kot boleh habis. :p
Adik tak balik so tak merasa lah dia makan nasi arab satu family. Lain kali lah ye dik? :)
Mintak tapau aje nasi yang tak habis tu. Dapat jugak lah satu polistrin. Harga? Semuanya dalam RM50++ je uols. Berbaloi juga lah. Tunggu apa lagi? Jom serbu Nasi Arab Damsyik ni reramai. Boleh feeling makan di arab sana..Ya ali li ali baba..Ya ali li aliiiii.....ekekeke....





Oh ya. SELAMAT HARI JADI, NAIM yang ke 20 tahun. :))





 

6 butterflies concerned.:

ShahzCudin said...

memang best mkn kat sini..1st time mkn masa buka puasa ramadhan baru ni..rasa mcm nk pegi lg nt..

Laila Majid said...

uuuw saya pun pernah makan kat sini waktu buka puasa haritu

not bad la :)

Nurazira Abd Ghani said...

sedihnyaaaa tak dapat join!
bukan cheq pergi stadium punn

yana lyana said...

shahzcudin & laila majid ;

oooo kamu berdua yang meramaikan majlis berbuka puasa di sana ye..grrr


hehehe


best kan? :)

yana lyana said...

Adik ;

hohoho lek la..nak sedih apa..
pialo milik kitoo..kekeke

zool said...

Macam sedap tu.. tapi mesti mahal kan?

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com