Followers

Pages

Thursday, October 20, 2011

Bububu gebu!




Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak cerita pasal si Bubu gebu kan? Ke uols dah lupa yang aku ada bela kucing bernama Bubu? hehe..
Banyak nak cerita pasal makhluk gedik ni tapi asik bertangguh-tangguh je. Masa aku tengah menaip ni, Bubu ada depan aku ni tengah memanjangkan badan tidur dengan lenanya.
Ceh! orang patutnya cerita pasal perkembangan anak, yang aku pulak sebok cerita perkembangan kucing. hahahaha..takpe kan? :p
Nak baca teruskan, takmo baca tarik cursor ke button merah kat kanan atas tu ye. :)




 Si Gedik.




Bubu dah besar dan gemok sebab dia sangat suka makan. Selain makanan dia sendiri, Bubu juga tanpa segan silu akan meminta makanan yang kita tengah makan uols. Contohnya roti ke, kek ke, biskut pun jalan ok. Punyalah main hentam je semua benda nak dimakan tau. Mana tak cirit-birit kan?






Dah makin besar ni, Bubu makin jelas kelihatan seekor kucing yang garang tapi jinak. Ala-ala jinak-jinak merpati gitu. Dia tak suka kita dukung-dukung ke, pegang-pegang ke, usik-usik dia ke..memang dia akan bising tak berhenti-henti. Tapi kita ni pulak yang jadi geram. hihi.. 
Abang aku selalu buli si Bubu ni. Macam-macam lah dia buat sebab geram punya pasal. Kadang-kadang tu boleh bergaduh adik beradik sebab Si Bubu ni je. haha :p





Aku rasa kalau aku balik Seremban mesti dalam hati Bubu akan berkata 'wahh dah sampai ke syurga makanan'. Boleh makan banyak-banyak sampai tak larat nak makan. Abah rajin melayan rebuskan ikan kembung pastu gaul dengan nasi. Bila balik Seremban je, Bubu jadi gemok. Balik rumah sewa kat Gemas sana, jadi kurus balik sebab makanan dia kena catu. kekeke...
Lepastu, agak ketara Bubu ni akan jadi aktif semacam kalau ada kat Seremban. Maybe dia teruja sebab ada Si Baby boleh jugak dibawak bergumpal-gumpal. Kat Gemas, Bubu monyok je. huhuhu...




Kat rumah sewa,kitorang pergi sekolah pagi-pagi pukul 7.10 macam tu. Tinggallah Bubu sorang-sorang sekor-sekor kat dalam rumah. Kitorang balik dari sekolah dalam pukul 3 petang macam tu, Bubu mesti dah tunggu depan pintu rumah sambil mengiau. Pastu dia mesti keluarkan tangan dia macam kat dalam gambar atas ni. Comel sangat! :')




Dengan sengaja dia akan biarkan badan dia melepet je kat pintu tu. Kita pulak la yang kena bersusah payah bukak pintu slow-slow taknak bagi perut dia tersepit. Setiap hari pun macam ni. Hadoii
 





Walaupun setiap hari memberikan cabaran, Bubu tetap comel di mata aku.  Ewahh...







Ekor panjang bak monyet. hee






Di antara kegemaran Bubu ialah masuk dalam beg. Apa-apa beg lah, beg kertas ke beg plastik ke semua jadi. Handbag juga memang tak terkecuali!







Ini paling tercomel :)
Indahnya dikurniakan perasaan sayangkan kucing seperti ini.
Ya Allah, panjangkanlah perasaan sayang terhadap makhluk ini kepada semua manusia supaya tiada kezaliman berlaku terhadap makhluk comel ini. Aminn.... 




4 butterflies concerned.:

JIJI YU said...

nama tu tak menahan..ceyt

Not so Randy said...

comel gila mcm paham2 ngn tuan dia!

butterflyana said...

jiji yu ;

hahaha..ok la tu! :p

butterflyana said...

not so randy ;

kan?
:)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com