Followers

Pages

Wednesday, October 26, 2011

santai-santai selasa :)


Assalamualaikum.


Hari ini dihabiskan dengan berjoli aje. Dah lama rasanya tak berjalan-jalan kat shopping mall sambil mencuci mata tak lupa juga mencuci purse. Eh? :p






Plan dengan adik nak terjah Naim pastu jalan-jalan sana je. Adik sekarang dah memasuki alam gebu. hehe...
Aku tak perasan pulak dia dah tembam sikit tapi dia sendiri yang perasan selepas ditegur oleh kawan-kawan dia. Ala biasa lah tu kan bila dah masuk alam universiti, memang kerja melantak je. Kejap-kejap lapar, kejap-kejap cari biskut ke roti ke, kejap lagi kang masak megi, pastu tengah malam pergi kedai makan untuk makan lagi sehingga licin pula. Yelah zaman belajar kan, memang cepat lapar. Kakak ko ni pernah merasa ok. Eleh tembam sikit je pun ape salahnya. Comel apa? :p






Lepas ambik Naim kat pangsapuri dia tu, terus lah kami ke mall terdekat. The Mines je lah yang senang takde risau nak sesat-sesat, eh salah jalan pulak, eh jam pulak..segala tu lah.







Sekarang fikir nak lunch kat mana. Siap gaduh nak makan dulu ke nak beli tu dulu ke, nak beli ni dulu ke, nak jalan dulu ke. haha..
Last-last kena makan dulu sebab otak takleh berfikir kalau tengah lapar :p







Pung pang pung pang berbincang. Ke Nando's akhirnya.






Makan lah ini seorang satu. Tapi tak best lah. Kentang tak best, ayam tak best, coleslow best sikit je. Tak berbaloi tau. Selamat tinggal selamanya Encik Nando's saya taknak datang lagi.






Pastu bermula pengembaraan. Biasalah kalau berbelanja mengikut kehendak melebihi keperluan pulak tu memang tak pernah cukup. Keperluan yang aku beli ialah semata-mata charger blackberry, yang lain semua nafsu semata. ekekeke..
Blackberry memang cepat habes battery kan? Pastu kena la charging setiap hari juga. Sampai kan cable aku tu taknak detect dah tau sebab selalu sangat guna. Pandai protes tau. Meh bagi kalau uols ada tips untuk memanjangkan ketahanan battery blackberry. heee








Lepastu berehat sambil makan dessert. heee








Tutti frutti yang mahal tak boleh blah. Tapi sedap tak boleh blah jugak. :p







Sambung jalan lagi. Aku dengan adik nak share beli hadiah untuk becoming birthday Naim. Ni je masa yang ada untuk jalan pilih hadiah sama-sama. Malas nak fikir terus 'ha Naim ko nak apa untuk birthday ko nanti?' hehe..memang tak surprise langsung. :p
Sementara tunggu dia fikir, singgah makan lagi..

 


 


Hai. Saya Takoyaki

 





Sambil makan si takoyaki tu, sambil tu jugaklah tukang jual tu masak takoyaki ni depan kitorang. Konon demonstrasi lah. Kagum jugak aku tengok cara nak buat benda alah ni. Unik! Adik tengok terlopong je siap mata tak berkelip ok! hahaha... 



 


 



Dua ketul ni sempat berangan lepas beli hadiah Naim. :p




 


Perasan tak makcik tu tadi pakai shawl hitam, ni tiba-tiba bertukar menjadi oren? haha..
Aku bagitau dia muka dia nampak pucat bila pakai shawl color hitam, kena pakai color cerah baru berseri sikit. Terusss beli shawl dan teruss pakai shawl baru. Kedut-kedut tak iron pun ok. hehe..
Merepek betul! :p



Pastu dah tiada hala tuju. Balik lah jom?

 





 


Eh? Nak balik dah pun tapi sempat jugak nak singgah minum petang. Dasarrrrrrr kuat minum petang! heeeee

 






Best apa minum-minum petang sambil borak-borak gelak kuat-kuat. Eh? tu bukan aku. :p











Adik siap order telur setengah masak macam nak breakfast pulak.








Tengah borak sungguh-sungguh tu, ada sorang penjual datang nak jual cd. Mula-mula aku macam eh takpelah saya taknak. Tapi dia degil nak bercakap jugak. Rupanya dia nak jual cd zikir-zikir tu siap dia buat demo lagi tau dengan kepala dia bergerak ke kiri ke kanan. Terus aku terpikat dan beli uols. Naim dengan adik tergelak je bila aku cakap aku beli sebab terpikat tengok penjual tu buat demo berzikir. :)





Dan dan lepas aku beli terus penjual tu pandang adik pastu cakap 'lawa lah tudung...' hehe...
Dan adik tersenyum sipu malu-malu kambing....
.Tamat.






(boleh ke ending macam ni? macam tak kena je kan? ekekeke..)




Bye :)




5 butterflies concerned.:

m0sHiE~ said...

beshnye korang hang out. ^^.

ain akasyah said...

tutty fruty yg menyelerakan..

Apa impian dan harapan 5 tahun lg?

yana lyana said...

moshie ;

hehehe..jom skali? :p

yana lyana said...

ainol akasyah ;

duit yg keluar juga menyelerakan...hehehe

nurul said...

suka pakai dress?www.dresslover84.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com