Followers

Pages

Friday, August 8, 2014

Lego lego Legoland !



Assalamualaikum.

Alkisahnya, Afzan dah lama berjanji dengan anak buah dia nak ke Legoland. Sampai lah dah kahwin pun Pak Lang dia ni tak bawak bawak pergi Legoland. Janji harus ditepati kan. Kalau tak sampai bila bila pun anak buah asyik menyebut aje. So cuti sekolah bulan 3 haritu ke Legoland lah kami.
Pergi dua family tapi naik Zaza je. Semua sumbat situ. hehe..
Gerak pagi pagi. Singgah rnr untuk breakfast je.







Sampai sana cuaca agak baik. Takde menunjukkan tanda tanda nak hujan tapi panas kemain. Tiket masuk pun sampai sana baru beli. Takde booking booking pun. Kita redah aje. Masa sampai tu, ada nota tampal kat dinding dinding bagitahu hati hati dengan ulat tiket. Tapi at last kitorang beli kat ulat tiket jugak. hahaha..
Sebab murah banyak kot. Lepas lah murah dia tu untuk buat makan tengah hari.










Yeay sampai juga ke Legoland. Masa ni aku preggy 3 bulan. Masih gagah dan bertenaga sebab perut pun tak berapa nampak. Kak Fai je dah nampak perut tapi gagah dan bertenaga juga aku tengok. hehe...
Gambar gambar banyak kat kamera Ateh. Yang ada ni pun gambar guna handphone sendiri. Tu pun tak banyak sebab battery masa ni gedik. Sekejap sangat nak low. Pasrah je aku...










Besar gila Legoland ni. Larat tak larat je ko nak mempelopori. Dengan panasnya lagi. Sesak tu tak la, pengunjung memang ramai tapi sebab luas gila tu yang agak lega nak berjalan jalan. 












Banyak sangat patung yang diperbuat dari lego. Kreatif dan menarik. Ada patung yang siap ada bunyi lagi. Kemain.










Ni pun unik. Bangunan bangunan kecil yang diperbuat daripada lego. Banyak sangat bangunan dari seluruh dunia. Rugi sangat tak bawak kamera canggih sendiri. Banyak gambar menarik yang dah terlepas ambil. 










Puas sangat berjalan dalam ni. Macam macam ada. Dari permainan sampai ke perhiasan semua pun idea lego. Sampai tak larat lah nak jalan lagi. Bila nak habis nii..hehe..
Budak budak paling suka kot sebab banyak sangat permainan untuk dinaiki. Aku memang tak la nak naik semua tu. Aku dengan Kak Fai jadi pemerhati je. Dapat naik menara yang ala ala menara Taming Sari tu je. Tu je lah pun yang paling selamat untuk ibu mengandung. huhuhu..
Afzan pun tak main sangat. Dia main roller coaster tu terus taubat. Pening katanya. :p











Ateh, Haiqal dan Aysar banyak kali main benda alah ni. Naik ke atas dan turun secara laju tu. Seronok nampaknya. Tapi kalau aku tak preggy pun takkan ku naik. Tak pasal je turun turun terus muntah. hehe...











Ni je souvenir dari Legoland. Botol air kurus yang dalamnya ada isi slurpy perisa boleh pilih. Mahal tapi beli juga sebab nak dijadikan kenangan kononnya. Tak pahammm kan..
Habis di situ, semua pun kelaparan. Terus terjah kfc je. Konon nak makan sikit sikit sebab malam nak keluar makan lagi. Tiada maknanya makan sikit. Semua lapar kot. hehe..
Habis makan terus kami check in hotel dan rehat....










Keesokan pagi, Afzan semangat gila bangun sebab nak mandi kolam. Boleh?
Aku macam malas nak ikut tapi dipaksa jua. Dengan tak mandi aku pun ikut sekali turun swimming pool tu.










Ko tengok betapa selekehnya aku di situ. Aku tak mandi sekali. Sebab takde bawak baju lebih. Baju cukup cukup je. So jadi pemerhati jelah sambil jadi mamarazi snap snap gambar suami seksi sedang berenang. Eh..


















Ha amboii tau. Macam ikan duyung tengah berenang suami kite tuu. kekeke..
Cantik sangat pemandangan situ. Orang pun tak berapa ramai. Jadi boleh menguasai swimming pool itu dengan family kita aje. 
Habis mandi, naik bilik dan siap siap untuk check out.










Dan destinasi terakhir kami ialah Johor Premium Outlet. Jalan jalan cuci mata je. Afzan kata nak beli seluar jeans tapi cuba cuba takde yang sesuai pulak. Cuba cuba dia tu bukan sekejap. Kemain lama lagi tapi last last tak beli pun. Sabar jelah. 
Sempat memborong coklat je kat sini. Beli untuk jadi buah tangan juga buat keluarga.
Ok dah bye JB!







2 butterflies concerned.:

S. Faezah said...

syoknyaaa vacationnnn :)

Al Kisah said...

Alkisah dah 2 kali pergi legoland.. tapi tak masuk2 lagi.. next time baru nak try waterpart dia.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com