Followers

Pages

Thursday, May 6, 2010

awak pukul diri sendiri?



Di sekolah.
aku bertugas minggu ni.
jadi banyak tugas yang dipikul oleh guru bertugas.
aku pun kena menjalankan tugas.

Selepas rehat murid-murid diarahkan beratur.
Untuk apa aku tak pasti.
Cuma aku diarahkan untuk mengawal mereka dan suruh mereka baca doa selepas makan beramai-ramai.
sungguh comel ok. (^-^)

Tiba-tiba....

datang sorang murid.


"cikgu, hazimah tak sempat rehat sebab dia pukul diri sendiri kat dalam kelas..."


aku dah rasa pelik je.
amende budak ni cakap.
ade pulak orang pukul diri sendiri kan.
hahahaha.

tapi aku terpaksa layan.

aku naik ke kelas untuk tengok budak yang pukul diri sendiri tu.
dia tengah menangis.
aku tanya kenapa pukul diri sendiri.
dia tak jawab.

aku tanya macam mana awak pukul diri sendiri.
teringin jugak nak tau macam mane kann.
hehehe

tak nak jawab jugak.
aku tanya kawan dia tadi.
setakat pukul-pukul manja kat kepala, kat lengan je pon.
hadoiiiii.

Tadi.
aku masuk kelas.
murid-murid tersangat nakal hari ni.
tak buat kerja lepastu main-main.
lari kejar sana kejar sini.

Aku warning siapa bercakap walau sepatah aku cubit.
aku cubit sungguh.
tapi cubit manja je.
tak berani.
diorang darjah dua.
lagipun aku bukan ahli kelab nutp.
siapa nak back up aku nanti.
kalau parent diorang datang.

Bila dah kena cubit.
semua senyap dan buat kerja yang aku tulis kat blackboard.

Dalam senyap-senyap tu.
aku dengar sorang murid cakap dengan kawan sebelah.
bajet nak bisik je tapi dia tak sedar dia cakap kuat sampai aku pun dengar.


"cikgu liyana tu selalunye baik je kan..harini garang gile..kene rasuk ke ape..."


aku yang dengar rasa nak tergelak.
hehehehe.
hingga aku tersenyum tanpa sedar.
kantoi di situ.
baru nak serius jadi garang.
hahahaha

kalah betul aku dengan budak kecik nih..heeee :p




TIBA-TIBA AKU RINDUKAN AMALI BATA DAN MURID-MURID BESAR.




SAYA GURU MALAYSIA.
* tiba-tiba semangat itu membara

cehhhhhhh!







10 butterflies concerned.:

arboqskii said...

salam.....
cikgu dari ipg ke?....batch mana ye?

shaffique said...

macam best je jadi cikgu sekolah rendah..huhu..


My latest entry : Aksi Kucing vs. Invisible Objects

e m a r o z a i n i said...

tergelak-gelak sy bace entri kamu yg neh.heee.sungguh comell. tbe2 rase excited mau ajar kanak ribena neh.hehe.

faqhrule said...

tahun depan posting. baru je isi borang posting tadi.

Unknown said...

gua cuak oke..
cuak..
hahaha~

kitatauke said...

tahniah cikgu...sabar dengan kerenah murid2...

kamen55 said...

hahaha ko kene jadik incredible hulk dulu baru budak2 takot kat ko!

faeznaem said...

hahahha.. cikgu liyana garang ouh...

yana lyana said...

en alierostam : saya bukan dari ipg.

shafiq : bes sgt! sentiasa awet muda...hahaha

kemba : hehehe comel kan? knk2 ribena mmg sgt chumeyl. :)

faqhrule : oh ye? gudluck cikgu!

yana lyana said...

yunie : ape brg cuak2? hehehe~

kitatauke : senkiuu ye.

sang kamen : bahahaa aku tak mampu la nak betuka jadik ijau..huhu

naem : biasela..awwwww..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com