Assalamualaikum.
Awal tahun haritu, team volleyball sekolah aku semua sibuk. Dari peringkat daerah bawak ke peringkat negeri. Antara yang boleh dibanggakan dengan sekolah ni ialah pencapaian sukan bola tampar diorang. Dari dulu memang menyerlah aje. Kebetulan aku masuk sekolah ni, terus diserap masuk jadi guru bola tampar. (eh tetiba teringat zaman universiti dulu..huhu..) Aku bolehkan aje sebab aku suka volleyball. Suka tak bermakna terror ok? Ingat tu. :p
Dipendekkan cerita, team sekolah aku majoriti dapat mewakili daerah Tampin untuk ke peringkat negeri. Team perempuan bawah 15 tahun memang kuat. Nasib je tak berapa baik haritu kita dapat naib johan. Kalah sipi-sipi je pun. Team ni ada seorang pemain yang super power. Badan kecik tapi tangan kemain kuat. Sarawakian girl. Ester namanya.
So masa final, antara pemain yang bermati-matian berjuang ialah Ester. Jelas sangat dia yang banyak bagi mata dalam team tu. Siap main 3 set ok sebab sama-sama kuat. Saat-saat akhir, kita kalah juga. Terus masa tu aku nampak Ester menangis semahu-mahunya. Kesian betul aku tengok dia masa tu. Dengan aku ikot sebak sekali tau. (dasar hati tisu..kekeke)
Lepastu, dengan tiba-tibanya aku pergi kat dia n terus peluk dia. Spontan je. Aku cakap sabar, awak dah berusaha tapi nasib tak menyebelahi kita. Awak tetap hebat di mata cikgu.
Dia pun mula reda. Nangis sikit-sikit je. Lepas dari kejadian tu, dia datang jumpa aku kat sekolah.
Cikgu, boleh tak cikgu jadi mama angkat saya?
Mama angkat? (dalam hati dah bengkak je tua sangat ke aku? kekeke..)
A'ah..boleh tak cikgu?
Jangan mengada lah Ester. Dah...pergi kelas...
Dia senyum. Salam aku. Dan balik ke kelas.
Sejak dari tu, setiap kali jumpa aku kat sekolah mesti dia datang untuk salam. :)
Team volleyball kuat.
Itu lah permulaan cerita mama angkat segala tu. Aku tak kisah pun. Pelajar yang baik dengan aku, maka aku juga akan baik dengan diorang. Tu je aku pegang. Mana-mana pelajar yang aku ajar dah tahu dah. Siapa yang buat dajal dengan aku, pernah mengumpat aku sampai aku dapat tahu, memang aku buat dia macam tak wujud je. Eh kenal ke aku ngan ko? Apa kena mengena ko dengan hidup aku? begitu... (memang kejam tapi itu satu pengajaran)
So, ini lanjutan kisah Ester tu. Masa hari jadi dia haritu, dia datang jumpa aku dan bagitau hari tu hari jadi dia. Alahai comelnya lah awak ni. Aku tak prepare apa-apa pun. Yang ada masa tu hanyalah coklat cloud 9 ni je. Jadi lah...hehe...
Taraaa! This is her. :)
Olahragawati sekolah masa sukan tahunan sekolah haritu.
Kebetulan lagi, hadiah pelajar KH yang dapat A ada lebih. So i hadiahkan juga pada dia.
Bila online kat facebook, dia ada tegur-tegur. Apa khabar lah itu lah ini lah. Aku layankan je. Paling tak boleh blah, tengah chatting-chatting tu dia panggil aku cikgu. Tapi bila nak say goodbye, tetiba jadi BYE MAMA. pastu terus offline. Rasa nak lempang pun ada. hehehe...
Gambar bersama masa sambutan hari guru haritu. Aku tak ajar pun dia tapi beria dia bagi hadiah hari guru. *terharu
Hari jadi aku baru-baru ni pun dia ada bagi hadiah. I cerita nanti-nanti ok? Penat dah ni. Nak mengiron baju, nak mengemas baju, nak itu nak ini semuaa. (pura-pura busy..hee)
Bye uols. :)
0 butterflies concerned.:
Post a Comment