Assalamualaikum.
Apa terlintas di fikiran korang kalau sebut pasal Annual Dinner? Aku rasa lebih kurang sama je apa kat fikiran korang dengan apa kat fikiran aku. Annual dinner ni ala-ala jamuan akhir tahun paling grand, ada makanan lazat-lazat yang jarang kita jumpa, ada tempat yang vogue, pakaian tetamu mesti ada tema yang meletop barulah kita berusaha nak cari baju yang gorgeous, pastu ada surprise yang mampu buat tetamu semua rasa macam...wow!,pastu sepanjang acara tu ada lagu-lagu yang merdu dan dapat buat tetamu rasa tenang je semasa menikmati makanan. Ha begitulah lebih kurang kan...
Aku bayangkan annual dinner sekolah aku macam tu lah juge. hehe... *berangan
Tugas aku untuk annual dinner sekolah aku ialah menyediakan doorgift untuk tetamu. Siap tetapkan hadiah mestilah tak lebih dari RM5 untuk seorang tetamu. So, dua hari sebelum annual dinner, aku dan Una merayau lah ke Melaka sana cari doorgift tu. Takkan nak cari kat Gemas pulak kan uols..apa yang ada. Segamat pun lebih kurang je takde apa. :p
Akhirnya berjaya jumpa doorgift comel yang berharga RM5. Alhamdulilah....
Tugas seterusnya ialah letak label 'Malam Semarak Kasih 2011'. Ewah nama nak gedik aje. Kita tengok nanti semarak ke tak semarak malam tu. heee
Sekali sediakan hadiah untuk guru yang dapat cahaya mata pada tahun ini dan hadiah hari lahir untuk guru yang lahir pada bulan November dan Disember. Tugas lain takmo bagitau kat sini lah nanti bertambah sentap terus entri ni jadi emo. heee
Dan inilah aku pada Malam Semarak Kasih itu. Tema ialah batik uolss ( Memang selera orang tua kan? ekekeke). Tak paham tau kenapa tema ialah batik. Langsung takde feeling annual dinner. Kena jadi penyambut tetamu sambil hulur doorgift pulak tu. Terus hilang feel ok.
Kay dan Una - Juga penyambut tetamu.
Korang tengok hiasan backdrop tu. Terus rasa macam eh feeling! mana kau hilang? hehehehe...
So setelah selesai tugas kami si penyambut tetamu ni, kitorang pun kembali ke meja yang telah ditetapkan. Kitorang dapat meja bernombor 12 bermaksud meja anak-anak dara. :p
Masa vip semua tu tengah berucap, kitorang meja 12 ni siap rancang strategi ok. Disebabkan makanan malam tu banyak gila antaranya sate, laksam, roti bom, yong tau fu, buah-buahan, kek, kuih muih, koktail, ais krim, nasi beriani, nasi impit kuah kacang, tah apa lagi aku hilang ingatan sudah...so masing-masing dibahagikan tugas kena ambik makanan apa. Keji ok perangai masing-masing. Bila tiba masa untuk mula ambil makanan, terus masing-masing laju je menuju tau. Penuh meja sampai tak muat nak letak makanan utama masing-masing. Tamak sungguh. :p
Sekarang bila orang lain nampak meja macam ni, malu ke tak malu nak mengaku kau semua anak dara?
Orang lain tah berapa kali bangun nak ambik makanan baru, yang kitorang ni dari awal sampai akhir tak bangun-bangun ok. Siap tak habis pulak tu! hahaha...
Dan apabila majlis tamat, meja 12 ni jugak lah yang jadi tukang kemas nyee. Sentap ok yang gorgeous, vogue, meletop ni lah yang kena angkat-angkat meja, kutip sampah segala. Pastu balik lambat pulak tu. Yang lain lepas makan terus laju-laju tapau makanan pastu laju-laju balik! Kitorang tak sempat nak tapau apa pun tapi alhamdulillah masa kemas-kemas tu ada pulak roti bom 5 keping dah siap letak dalam plastik tertinggal atas meja makan tu. Yang lain licin terus. Alhamdulillah ada juga rezeki kitorang...:)
Esoknya, menu sarapan pagi aku, Una dan Kay ialah Roti Bom Semarak Kasih.
hehehe...
Kesimpulannya, annual dinner ni tak semarak pun.
Dan lagi satu, inilah nasib guru baru. Kena buli tak habes-habes. teettttt!
5 butterflies concerned.:
mmg ade sesetengah cikgu2 tua yg menjengkelkan..hahaha..bosan gak kdg2. tp layan kan je..kang nanges tak layan..
sabar je la nana. nnt ko dh tua, ko buli yg muda plak. kekeke
sabar je la nana. nnt ko dh tua, ko buli yg muda plak. kekeke
cik yaya ;
betul kan yaya? nyampah sangat tau lagi2 kalau dia gunakan alasan dia orang lama...eeee sakit hati!
mira ;
ye mira ye! nanti aku buli yg muda..tak perlu post sampai dua kali ok?
ekekeke :p
Post a Comment