Followers

Pages

Tuesday, November 15, 2011

ha emo niii..EMO.



Assalamualaikum.


Teknologi sekarang semakin disalahguna. Orang nak kejar kemajuan tapi fikiran masing-masing makin mundur pulak. Otak letak kat lutut agaknya. Aku makin meluat nak bukak facebook sekarang ni. Setiap hari ada je benda bukan-bukan. Page jangan cakap lah, sebut je ko nak page apa..semua ada..tinggal ko nak like ke tak je. Betapa senang nya nak create page sendiri kat facebook sekarang ni kan. Paling tak boleh blah kalau page yang berunsur lucah, page nak menjatuhkan maruah orang lain, page membenci orang lain, page pecah belahkan masyarakat..bla...bla...


Aku memang buat tak reti je dengan page semua tu. Tapi yang buat aku jadi reti ni bila mana kalau kawan kita komen atau like mana-mana gambar, kan ke keluar kat home page kita? Contohnya...Ali commented on Abu's picture. Dan keluarlah gambar si Abu itu kat home page kita. Tiba-tiba kita pun jadi tahu lah pasal benda tu kan uols?


Yang jadi masalahnya kalau melibatkan gambar bogel-bogel ni..Si tukang komen ni pun satu hal...ko tak payah sebok nak komen lah kan. Tukang like pun lagi lah aku tak faham. Apa yang ko like sangat tu? 







Ni ha gambar pasangan gay. Lantak dia lah. Dosa dia urusan dia lah. Kenapa pulak tukang share nya tu nak lebih-lebih? Tak tahu lah kot kau nak tolong sebarkan dosa-dosa dia tu kan.






Ni satu lagi. Tak kisah lah kalau ni bukan gambar asli ke, gambar edit ke apa ke. Yang penting tukang sebarkan gambar ni apa masalahnya? Memang jelas lah kau salah sebab kau aibkan budak ni dengan cara kau upload gambar dia dan berjuta-juta orang tengok. Pastu pulak, aku lagi tak faham dengan yang tukang like tu, tukang share lagiii lah aku tak faham. Lepas share tu ayat tak boleh blah..insaflah wahai perempuan lah segala..tapi kau pergi sebar gambar perempuan ni kau tak reti insaf ke?







Ni pun sama. Allah je yang tahu siapa sebar gambar ni kan. Tapi bila melibatkan maruah wanita macam ni aku tak boleh blah betul la. Yang like tu ikut hati nak je aku pampang nama dia tak tolong censoredkan biar semua tahu kau gatal nak mampus!
Siap kutuk-kutuk lagi ni bohsia mana lah itu lah ini lah. Lelaki memang takde perasaan lah kan komen ikut sedap kau je macam emak kau bukan perempuan. Macam kau lahir secara tiba-tiba bukan dari rahim emak kau. Malu ok baca komen-komen lelaki durjana semua tu. Aku sebagai perempuan ni terasa malu yang teramat sangat. Nak-nak pulak kalau dia berada dalam list kawan-kawan aku. Terus block lelaki bongok macam tu walaupun aku kenal dia selama ni baikkk je. Mulut longkang betul tak reti hormat perempuan. Bagi aku perempuan yang bergambar tak senonoh macam tu memang jelas lah dia salah tapi yang konon-konon kau betul sangat tu tak payah nak aibkan lagi perempuan tu. Kau pun lebih kurang je. 




Kesimpulannya, aku benci lelaki tak reti hormat perempuan. Ptuih banyak-banyak!




9 butterflies concerned.:

NaniE said...

fuh..berdas baca entry ni yana..betul tu yana..
saya sokong keseluruhan entry.

utk fb tu, kalau taknak dia appear kat home kita, klik unsubscribe kat wall person tersebut..

mr and mrs sapic said...

ali dan abu tetap ade...hehehe..

entry nie jelas menunjukkan kamoo seorang cikgu...=)

jiajiot said...

cikgu dah marah!takot ittewwww...tp mmg btol pon.menyampah weh.yg lelaki dah kawen sibok nk like2 jugak pehal??tgk bini punye la woiiiii

butterflyana said...

nanie ;

hehe..thanks nanie :)
satu keje pulak kite nak unsubscribe lah segala. gggrrr!

butterflyana said...

yanty ;

ali dan abu memang nama favourite..hehe

heee kan aku memamg berjiwa cikgu? :p

butterflyana said...

jiajiot ;

kan?
gatal betol taw itteww lagi tak suke!

hehe..itteww marah memang semua jadi emo aje!aummmm makan budakk! hehee

zety said...

jika membabitkan maruah seorng perempuan.memang patut kene lempang laju laju sekor sekor.

butterflyana said...

zety ;

jom lempang sama2?

hehe

shahrazali said...

ancaman facebook..... mereka ni memang golongan tak professional.. diorang tak pikir dosa bertambah setiap kali gmbr tu di tonton..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com