Assalamualaikum.
Sejak pergi kursus induksi haritu, rasa releks semacam je. Aku berkursus selama tiga hari bermula hari selasa, pastu rabu dan khamis. Sebab dah alang-alang sampai khamis, aku pun mintak cuti rehat khas (CRK) untuk hari jumaat. Kebetulan hari jumaat aku cuma ada kelas PJK je satu masa so tak rasa bersalah sangat lah nak mintak cuti kan.
Next week pulak, cuti sempena Deepavali. Sekolah aku yang memang satu malaysia ni haruslah cuti seminggu. Wahh syorgaa dunia di situ dapat rehat-rehat di rumah selama seminggu. :p
Naik cuti hari isnin tu, murid yang datang pun cuma beberapa ketul je uols. Ramai yang ambik cuti tambahan sendiri nampaknya. Tapi aku kena settlekan tugas sebagai guru tingkatan. Buku kedatangan, kad kesihatan pelajar, rekod kemajuan pelajar, pemulangan buku teks, uruskan pelajar yang belum bayar yuran sehingga nak ke akhir tahun ni, masukkan markah dalam sistem...bla..bla...
Lagi tiga minggu nak habis sekolah ni lah macam-macam pulak program nak dibuat. Dengan program Semarak Rukun Negara, Hari Graduasi, Perjumpaan Tiga Penjuru (perjumpaan ibubapa bersama guru), perkhemahan perdana, tak ketinggalan Annual Dinner yang melibatkan ahli-ahli kelab guru dan staf sekolah. Fuh~
Di saat genting macam tu lah, tiba-tiba aku kena hantar 5 orang pelajar untuk bengkel teknik menjawab soalan. Tak melekat kat sekolah lah kan..Dua hari pulak tu. Esoknya pulak, kena pergi bengkel penataraan Kemahiran Hidup pulak. Again takde kat sekolah. Kerja dah banyak yang tertangguh. Dengan kerja kursus pelajar tingkatan 1 dan 2 ada tak settle lagi. Kesian
Oh anak...Jangan kau ingat cikgu kau ni tak datang sekolah pergi bersuka ria nak...
Esok pula dah nak raya haji. Isnin cuti. Sekolah aku selasa pun dia bagi cuti. Sempena nogori menang piala Malaysia ke apa tah? (HOBIN JANG HOBIN! eh...) Memang syorgaa tapi memikirkan kerja yang menimbun-nimbun tu terus takde feel cuti ok.
Selasa baru-baru ni baru aku tau nama aku naik untuk jadi pengawas SPM!
*pengsan ok!
Cuti akhir tahun lenyap begitu sahaja. sob..sob....
Selasa baru-baru ni baru aku tau nama aku naik untuk jadi pengawas SPM!
*pengsan ok!
Cuti akhir tahun lenyap begitu sahaja. sob..sob....
Itulah kisah pengorbanan saya sebagai guru baru untuk kali ke satu.
Selamat Hari Raya Korban, uols.
:)
4 butterflies concerned.:
ala ckgu~
berkorban la cket..hehehe~
muka abis monyok la tuh?=P
salam aidiladha yer..;)
nabiel ;
hehehe..pura2 monyok je tu..
dah berkorban dah pun nabiel...:)
papa mifz ;
salam aidiladha juge :)
Post a Comment