Assalamualaikum.
Hai uols. Aku baru balik dari join perkhemahan perdana unit beruniform di Kem Asahan, Melaka. Last week aku sibuk jaga SPM dari hari selasa sampai hari khamis. Pastu hari Jumaat sekolah aku buat Hari Anugerah Kecemerlangan. Terkejar-kejar nak settlekan semua kerja nak-nak pulak dah habes persekolahan ni kan.
Tak cukup tangan rasanya siapkan semua. Hari jumaat sepatutnya pukul 12 tengah hari dah boleh pulang pun pukul 3 petang juga baru sampai rumah. Pukul 5 petang bergerak pula ke Kem Asahan tu join segala mak nenek aktiviti kem tu lah. Nanti ada masa i cerita pasal kem pula ye.
Sekarang ni badan rasa letih sangat. Lengan i rasa macam ada otot-otot baru sebab dukung murid sakit. Mata rasa cam mengantuk lagi padahal balik petang tadi dah qada' tidur dah. heeee :p
Dah makin tak berapa nak remaja ni, rasa macam liat je nak join aktiviti lasak melibatkan fizikal. Kalau dulu tu bab panjat gunung layan aje. Sekarang ni kemain malas lagi. Seronok sebenarnya aktiviti lasak macam tu tapi persekitaran membantutkan niat di hati ewahh. I jadi pemantau aje cukup lah.
Esok paper Pendidikan Islam. Tabah je lah hati ni penat tak habes lagi pun masih kena bertugas jaga budak jawab exam. Padahal cikgu lain yang tak jaga SPM terlepas pulak tak payah pergi perkhemahan perdana pastu boleh bersenang lenang di rumah layan suami 24 jam. Eh? Alasan ada anak dah cukup kuat nak elak dari menyertai tugas outdoor seorang guru pastu lepas tangan bagi kat cikgu-cikgu baru yang hanya menurut perintah ni. Hey, i pun ada anak ok! anak mata, anak tekak, anak rambut, anak baju. Eh lagi? Laser sangat ke statement i kali ni? hehehe.....
I merungut-rungut pun kerja tetap buat ok cuma hati jadi bengkak sikit aje.
Oh hampir terlupa.17 November yang lepas ialah hari jadi adik yang ke 18 tahun.
'Selamat hari lahir yang ke-18, adikku. Semoga panjang umur, murah rezeki, hati senang dan lapang nak belajar, sihat selalu, dan segala kebaikan adalah milik kamu.
Kakak sayang kamu terpaling sangat. Muah!'
Bye uols. :)
10 butterflies concerned.:
manusia memang macam tu ade je yang tak puas hati.sabar je la eh.
cikgu baru memang biasa kena buli...:-)
terima kasih kakakku. :)
i love you too
zety ;
thanks awak :)
gaara ;
biasa? saya tak biasa pun?
sepatutnya cikgu baru diberi tunjuk ajar bukan dibuli..kan?
:)
adek ;
i love u three
heee
macam tu la baru cikgu.....
hehehe.... good luck !!!
sabar la ye.keje memang camtu.hehe btw,ckp kat adek epy blated bday k:)
shahrazali ;
thanks :)
atiqa aris ;
erm!
tengah bersabar ni..hehe..
thanks ye awak :)
Post a Comment