Assalamualaikum.
Betapa boringnya bila baca tajuk seskema ini kan. Tapi tajuk aje begitu uols. Tolonglah jangan terpedaya ye. Silalah yakini i masih ialah penulis blog yang seperti dulu.
Eh ape nii? -.-
So kembali ke tajuk asal ye. Sejak aku berkecimpung dengan persatuan pandu puteri, memang tahap kesibukan dan keaktifan persatuan ini sangat merimaskan aku. Tapi apakan daya, amanah yang diberi tetap dipikul jua. Kali ni diorang terjah Stadium Negara pula. Nak bersama perdana menteri katanya. Siap umpan ada artis fofular lagi. Ikutkan aje.
Dengan terpaksa, aku beli jugak uniform pandu puteri ni. Tak cukup dengan baju kurung biru + tudung datin gojes tu, harus juga membeli uniform logo ini. Nasib baik murah aje. Aku beli kat bangunan pandu puteri dalam RM 23 macam tu.
Apa yang best tentang pandu puteri ni ialah diorang sangat mewah bab makan. Event sebelum ni yang aku join, setiap pelajar dan setiap guru diberi makan set snack plate kfc tu uols. Betapa kayanya. Dan harapan setinggi gunung juga yang kali ni kitorang akan makan kfc lagi setiap seorang. Guna sistem kupon.
Bergambar dulu sebelum melantak makanan mewah. Bersama team cikgu-cikgu vogue. Eh....
Jeng jeng jeng....
Kali ini bukan setakat kfc uols. Sebut aje semua fast food yang ko nak. Semua hado ok!
Ada the chicken rice shop, nasi arab, kfc, burger king, kenny rogers, fuzi amende tah. Hamboi tau. Kemain lagi makanan dia.
I yang feeling taknak makan nasi ni haruslah ambik tiket untuk benda lain kan. Last-last i pilih Kenny Rogers sebab macam dah lama sangat tak makan situ. Pelajar-pelajar kita bagi tiket untuk makan nasi. Mesti makan nasi supaya takde yang pengsan, lemah gemalai, dan lesu di tasik madu lalu menyusahkan cikgu. No no no. Jangan kacau cikgu nak tengok persembahan artis tau. Eh....
Nomnomnomnomm!
Oh ya. Ada lori nescafe dan milo juga. Terbaik! Ini saya suka. Nescafe dia memang dap dap. Kita ambik banyak kali siap ada niat nak tapau dalam botol sebelum masuk stadium tapi malu.
Habis makan, semua diminta penuhkan dewan. Duduk mengikut negeri. Kitorang pun diberi santapan mata iaitu pelbagai persembahan. Ada tarian, nyanyian, kawad farmasi, pancaragam, dan macam-macam lah. Tak sempat nak duduk sesaje.
Bergambar sakan.
Setiap baris diberi kain untuk dikibar-kibarkan. So barisan kitorang dapat kain kuning ni. Bila disuruh kibar, kita kibarkan aje. Susah apa.
Opss dah mula menggedik pulak kan. Maaf maaf.
:p
Buku ini sebagai souvenier.
Waktu ni PM kita dah sampai da. Beliau memakai uniform pengakap manakala isterinya memakai uniform pandu puteri. Setelah membuat satu pusingan stadium tu, diorang pun mengambil tempat dan bermulalah acara. Ucapan ucapan ucapan.....
Ketika menyanyikan lagu Negaraku. Dewan tetiba menjadi penuh dengan si hijau yang ramai.
Persembahan kanak-kanak ni memang sangat semangat. Comel pulak tu :)
Macam biasa, artis-artis keluar di waktu kemuncak. Aliff Satar ni yang jadi pengacara bintang kecil tu ke ha? I tak berapa kenal la. Haha boleh? Kalau Aliff Aziz i kenal. ekekeke....
Tapi dalam tak kenal tak kenal tu ada hati jugak nak bergambar. hehehe...kau hado?
Bila keluar je si Faizal Tahir ni, satu dewan histeria. Menjerit-jerit tak tentu pasal. Kecuali cikgu-cikgu ok. Kitorang rilek aje takde nak jerit-jerit pun tau. Tapi sebenarnya ada niat juga nak bergambar bersama. hehehe...*sila lempang kerana cikgu dah mula lupa diri
Tapi boleh tak tak berjaya? Ramai sangat yang serbu Faizal Tahir ni. Tak faham tau. Hensem sangat ke dia? Dah la da jadi laki orang. (dan dan je kann).
Tapi i berjaya snap gambar kereta dia. Kau hado? haha nak jugak kan. :p
Dalam pukul 5 petang, acara pun settle. Bergambar beramai-ramai bersama pelajar yang terlibat. Ini penting sebagai bukti.
Setiap guru dan pelajar yang menghadiri acara ini telah mendapat sijil yang ada gambar pemimpin kita ni. Semua heboh je kata sijil ni cantik. I rasa biasa-biasa je. Uols tengok cantik ke idok?
Sekian cerita pandu puteri saya. Bila dah ada uniform ni, maka haruslah dipakai pada setiap hari rabu kan. Dah pulak semua kata i macam budak sekolah. Tingkatan 5 Berlian gitu. (Nak berlian aje taknak Zamrud kelas akhir tu)
Eceh! Saje tau buat i perasan feeling awet muda. hehehe...
Ok jumpa nanti di episod pandu puteri akan datang. Bye :)
1 butterflies concerned.:
pandu puteri kan mendapat sokongan padu dr pic kat sijil tu..hehehe.. mestilah mkn mahsyukkk..
Post a Comment