Salam hujung minggu.
Minggu pertama pada cuti persekolahan aku dihabiskan dengan membuang masa di tempat biasa. Eh tiba-tiba dah ada tempat biasa kan. haha. Tak la. Aku ada appointment dengan cikgu sekolah tempat aku posting tu. Ha baru posting seminggu dah ada janji temu kann. Hee. Ada sorang cikgu kat sekolah tu dapat tukar ke negeri idaman dia. So, tah macam mana aku boleh berurusniaga dengan dia. Dia nak jual netbook. Aku berminat pulak nak beli memandangkan lappy aku dah nazak sangat dah.
Tapi aku baru posting mana pulak nak curik duit untuk beli netbook tu kan. So berkat kecantikan rupa paras yang ada, aku berjaya memujuknya supaya aku dapat membank in kan duit apabila ada duit nanti. Ha hebat bukan? kekeke :p
Janganlah pulak nanti ada yang menyampah dengan aku. Aku tak pujuk dia pun, tapi dia yang tak berapa kesah sebenarnya sebab dia pun tak terdesak nak guna duit. Jadi persetujuan pun dicapai, maka berurusniaga lah kami di Jaya Jusco Seremban 2 sana.
Cikgu tu sampai lewat sikit. Jadi haruslah berwindow shopping dulu. Tiba-tiba ternampak ear-phone yang comel ini. Dah la colorful, corak pun menarik. Maka terjatuh cinta sudah dan terus beli. hee
Ha tu dia. Cumil kan? Ada ikon smiley sebenarnya tu tak berapa nampak pulak tapi serius comel! Teruja gila nasib baik berjaya kawal diri kalau tak sepuluh i beli tau. :p
" Saya kat highway lagi ni nak sampai dah..tunggu kat pizza k..order terus tau..saya belanja.."
Apa? Belanja? Baiklah.
:p
Ha. Aku bukan datang seorang diri tahu? Ada yang rajin nak follow. :) Budak ni dah la esok ada paper math, sempat lagi nak bersuka ria. hehe.
Kau tengok eye bag dia tu. Makin lama makin ketara. Kuat study lah konon tuu. :p
Dia ada dapat sms pasal Kementerian Pelajaran Malaysia keluarkan notis bahawa budak-budak SPM kena ambik semula paper BM sebab ada negeri yang dah dapat soalan bocor. Sms tu panjang dia tak scroll sampai habes terus nak emosi. Terus takde mood. Terus rasa nak nangis sebab banyak lagi paper nak kena hadap tapi ada repeat paper pulak. Padahal tu sms main-main je bila scroll sampai habes. Hahaha adik adik. Kesian pun ada aku tengok dia masa tu. Tension agaknya. Nasib baik kakak dia ni understanding bawak dia keluar jalan-jalan tauuu. ;p
Okay. Cikgu tu pun dah sampai. Makan-makan sampai tak larat. Hari ini ada dua photographer makanya gambar jadi melambak. Gambar pizza tak habes pun harus disnap. hehehe..
Memperkenalkan.....
Inilah Mr. gadget itu. Cikgu ni gila-gila sikit orangnya tapi sayangnya nak berpindah sudah dari SMK Gemas tu. Dia ni jenis suka beli gadget pastu pakai kejap then jual. Hobi orang kaya macam tu lahh kita yang miskin ni tak mampu nak ada hobi camtu. Eh tiba-tiba. haha
Hambik. Atas bawah ada photographer. Ni dah feeling model sambilan bertemakan shopping di mall. Hahahaha meluat je kan statement macam tu. :p
Taraa! Itulah netbook yang berjaya dibeli. Nampak beg je pon jadi lah ye. hee. Yang penting ia kecil lagi comel untuk dibawa kemana saja. Kerja pun dah boleh start buat. Ha i baru posting dah dapat kerja rumah tau. dush!
Oh adik lagi. Shawl dengan baju tu ialah hadiah hari jadi dia yang aku dengan Naim sebok pergi carik haritu. :) Kebanyakan gambar-gambar yang aku letak dalam entri ni diedit oleh Cikgu gadget tu. Kebanyakan je tak semua k. Oleh itu, gambar yang mana masih jelas kelihatan jerawat aku tu bukanlah diedit oleh beliau. Heee
Sekarang kau tengok gambar aku yang dah macam maknyah takde jerawat ni. Hadoii la aku sendiri tengok pun malu tahu? hahaha ;p
Bye.
Bye.
6 butterflies concerned.:
yeay!!
dah boleh buzz2 la nanti..
hehe~
wa..syioknya lappy baru..
yunie ;
hahaha jahat ok kamu.
tapi sy tak minat nak on9 chat dah kamu.hee
nanie ;
hehehe aww :p
na pnjm lappy baru,bule??nak amik trus lgi bes..hahaaa
saya kenal cekgu gadget tu.
Post a Comment