Followers

Pages

Saturday, November 6, 2010

semoga selamat, wan.




Hai kesayangan semua. Nama i Yana. Ok cukup.


Pagi ini wan telah selamat tiba di Tanah Suci. :)
Semalam berkonvoian lah kami saudara mara menghantar wan ke Kelana Jaya. Dari pagi aku dah ada di rumah wan tolong-tolong apa yang patut. Wan kerap menangis. Bila nak kemas-kemas beg wan menangis. Masa bercakap dengan anak-anak wan menangis. Masa nak bersiap-siap wan menangis. Dalam kereta on the way ke Kelana Jaya wan menangis. Entahla sebak sangat hati wan agaknya.


Inilah wan. Ibu kepada abah. Sejak arwah atok meninggal, badan wan makin susut dari hari ke hari sehinggalah kecil molek seperti sekarang. Rindu benar hatinya pada arwah atok. Betapa kuatnya cinta mereka!


Wan mengerjakan haji bersama Pak Long dan Mak Long. Ni masa mereka tengah bersiap-siap checking segala bagai benda yang perlu. Menangis lagi wan ketika itu.


Tiada apa yang aku doakan selain wan selamat di sana. Sentiasa sihat untuk beribadah, hati tenang, dan doakan kesejahteraan hidup anak-anak, serta CUCU nya ini. hee. Pelukan akhir untuk wan malam tadi aku rasa sebak sangat melihatkan wajah tua wan. Semoga selamat pergi dan selamat pulang, wan.


Eh dia ni. Jangan suka sangat. SPM dah dekat cepat balik, belajar! teheee :p


2 butterflies concerned.:

faqhrule said...

eh kakak ipar :P

butterflyana said...

eh eh biras?

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com