Ha tajuk macam tu kira dalam kategori mencabar minda tak? hee :p
Salam Sabtu. :)
Salam Sabtu. :)
Sebelum memulakan cerita, wajah saya dah kembali berseri. Ha tengok gambar..cukup seri pengantin tak?
kekeke. :p
Dua tiga hari ni, aku berdebar-debar je. Pantang dengar bunyi motor terus berdebar lagi kot-kot surat posting aku sampai. Kawan-kawan dah ada yang dapat surat dari JPN negeri. Setakat ni JPN Johor lah yang paling bagus buat kerja sebab yang dapat surat tu semua dapat negeri Johor. Phewww nervous bukan main tau hati aku ni. Aku sangat risau..sangat! *___*
Nak dijadikan cerita, malam tadi aku dengan family pergi pantai Port Dickson. Naim la teringin sangat nak menangkap ketam. Bila search kat internet pasal pasang surut air laut, tengok-tengok sekarang kalau malam air pasang. Nak tunggu surut pun tengah malam la. So, kami pun gerak dalam pukul 11 malam. Sampai sana, memang air pasang siap ombak kuat lagi. Takpe, kita pasang khemah dulu. Pasang-pasang khemah, duduk-duduk ambik angin pantai..eh ngantuk pulak...tidur la kejap.
Bangun tidur dah pukul 2 pagi. Air surut sikit je. Kitorang pun redah je turun pergi menyuluh ketam. Tengok-tengok air keruh..hahaha. Memang tak nampak la kan. Tapi berusaha gak tu jalan lagi dan lagi. Last-last memang takde ketam pun! haha. Masa tu dah pukul 4 pagi so kitorang decide nak pulang je la malas nak tunggu sampai hari terang. Sampai-sampai rumah, terus tidur dengan nyenyaknya.....
10 pagi.
" Kak..kakk...surat posting ko dah sampai...."
Aku yang tengah lena dibuai mimpi ni terus bangun dengan lajunya. hahaha. Abang aku yang tolong ambikkan dekat abang posmen tu. Aku dah gembira tak terkata.
Eh, tapi kenapa pelik sangat surat posting ni? Takde tulis urusan seri paduka baginda pun? Aku mula down sikit-sikit. Laju je bukak parcel tu. Seingat aku, takde pulak aku beli barang online seminggu dua ni.
Nervous lagi. hahaha asik nervous je kesian jantung aku.hee
Baru aku teringat yang aku ada try-try hantar sms pasal whiskas ni beberapa bulan lepas. Aku baca dalam paper kempen menyayangi kucing ke apa tah terlupa sudah. Untuk kempen tu, kalau kita sokong kita boleh hantar sms pastu kita dapat whiskas free untuk kucing kita. Free ok FREE. Sebab tu aku pun laju je hantar sms. Tak sangka pulak betul-betul dapat hahaha.
Dalam bungkusan tu ada dua jenis perisa makanan kucing dengan buku penjagaan kucing tu. Siap ada tips penjagaan kucing, bagaimana memastikan si comel sentiasa di sisi anda, keperluan si comel dan banyak lagi. Hehe comel sangat buku tu. I sukeee. Rasa nak baca hari-hari eh over di situ. hee
Baby pulak macam tau-tau je benda tu untuk dia. Dia ikut je mana aku pergi. hehehe :p
Makanan dalam bekas cantik yang selama ini menjadi dambaan tidak diendahkan lagi. Habis dia makan makanan baru. Licin siap jilat-jilat bekas lagi amboii dia tu.
Hai nama saya Baby. Sedaplah whiskas tu tadi. Habis tau saya makan. Sekarang saya dah kenyang saya nak tidur dulu. Bye.
* Aku kembali mengharap kedatangan abang posmen. Tak payah yang hensem pun takpe bang asalkan sampai surat saya. huu
13 butterflies concerned.:
haha~
suka baby tuh dpt mamam yea?
mkanan fresh tuh..~=P
lusa dapat la tu. esok posmen cuti.
wah dapat whiskas free. nak nak jugak! baby2 saya pun suke whiskas. :D
ohoo....cute kucing..huhu
besnya, tidur dalam khemah tepi pantai malam-malam.. pergi ramai-ramai ke yana? tak penah tangkap ketam..tangkap guna alat khas ke? insyaAllah, tak lama, misti bulan ni abg posmen dtg bawa urusan seri paduka baginda tu..
sy tag kamu yg..hehehe
nabiel ;
memang suka sangat dia tuuuu.
makan dengan sangat pelahap.hehehe
mira ;
posmen tak sampai lagi mira. i tengah tunggu lagi ni...
syeeda ;
hehehe apelah yang sedap sgt whiskas tu kan.sampai terjilat2..huhu
sk8men ;
ha naseb baik tak kata cute tuan kucing. kalau tak....haaaa
kekeke :p
nanie ;
best nanie.pergi ramai2.takde alat khas tangkap ketam pon nanie,kitorang tangkap secara manual je..
nasib tak baik memang akan disepit oleh si ketam..haha
shida ;
ok yayang! :)
dah kenyang..meh kite tido..
koh koh koh..
Post a Comment