Assalamualaikum.
Ini ialah sesi luahan perasaan. Mungkin ada unsur-unsur kurang ajar yang tak seberapa. Ampun maaf dipinta jika ada pihak yang terasa. ( wahh poyo nak mamp. hahaha :p )
Pagi tadi kan, aku ke Jabatan teetttt (rahsia) untuk menghantar borang tuntunan elaun perjalanan. Borang tu perlu dihantar untuk menuntut duit kepada guru-guru yang datang dari jauh untuk menghadiri taklimat di sekolah area Seremban 2. Bagi yang rumah jauh-jauh borang ni sangat penting la kan tapi bagi aku tak dapat pun takpe sebab Seremban 2 dekat dengan rumah aku, nak tuntut apanya kan. hee
Disebabkan antara 4 orang guru-guru yang baru dipostingkan ke gemas tu aku lah yang paling dekat dengan jabatan teettt, maka aku dipertanggungjawabkan untuk menghantar borang-borang itu. So, aku pun pergilah sana. Sampai sana, aku pergi unit kewangan. Tanya itu tanya ini, pakcik tu cakap borang kitorang tak lengkap kena isi ruangan gaji la apa la. So, aku memang tak tau gaji aku berapa macam mana nak isi kan. Makanya pakcik tu suruh aku berjumpa dengan makcik tudung kuning. Aku pun dengan sopan lagi berbudi bahasa pergi ke meja makcik tudung kuning tersebut.
" Assalamualaikum kak..saya nak tanya pasal borang tuntutan elaun ni la kak, macam mana saya nak tahu gaji saya ye sebab dalam surat tawaran takde mentionkan pun pasal gaji..."
"Awak ni sape? Kontraktor ke? Tak reti perkenalkan diri?"
Aik? Garang betul makcik ni. Aku sabar dulu sebab nak berurusan dengan dia kan.
"Sorry ye ganggu akak. Saya cikgu yang baru posting 22hb haritu. Saya nak tanya pasal borang ni..Encik kat kaunter tu suruh tanya kat akak.."
Dia pun belek-belek surat-surat tu. Muka bengis weh. Macam mati laki je. Cuak aku tau takk.
"Eh borang ni semua tak lengkap, surat tawaran dari KPM kena sertakan kalau tak saya takleh buat ni sebab takde alamat awak semua"
"Tapi kami tak dapat lagi surat dari KPM kak. Surat dari jabatan pelajaran negeri je dah dapat.."
"Dah tu tak reti nak print??"
Bongok ok. Makcik tua tudung kuning ni memang melampau. Cakap nak maki-maki je tak reti berbudi bahasa. Aku kalau tak mengenangkan dia tu lagi tua dari aku memang aku sembur tapi aku tahan je. Sabar.
" Ooo kalau macam tu takpe lah kak. Saya pergi print dulu ye..Maaf ye ganggu.."
"Tarikh tutup hantar borang ni 5 Disember. Kena cepat sikit tau nanti lagi lambat lagi banyak surat orang lain lagi nak uruskan..Ha satu lagi, penampilan tolong jaga ye.."
Hek ele bengang gila kot aku dengan makcik tudung kuning tu. Aku dah pakai sopan tau tak. Pakai blouse labuh kot aku semata-mata nak hantar borang tu. Lagi satu nak aku cepat-cepat hantar borang pehal pulak kan. Dah memang tu kerja dia lantak la banyak ke sikit ke surat orang lain. Ggggrrrrrrrrrr rasa nak gulung-gulung kepala makcik tu dengan tudung kuning dia yang tak bergosok tu pastu sumbat dengan borang-borang yang sangat banyak atas meja dia tu! Wahh over di situ. :p
Pastu aku terus pergi Unit Menengah. Tak tahu kenapa aku terasa nak pergi situ. Sampai sana, aku bagitau masalah aku pasal borang-borang tu, kerani situ terus photostat kan surat ape tah yang dah siap ada alamat rumah cikgu-cikgi yang baru posting haritu. Pastu settle. Ha takde pulak nak kena tulis gaji ke ape ke. Diorang siap boleh bergurau senda gelak-gelak bahan-bahan aku lagi sebab aku posting kat Gemas tu. Hampeh. hee..Tapi aku tak kesah pun sebab diorang mesra dan tak menyakitkan hati macam makcik tudung kuning bajet jaga penampilan tu. Eeeee geramnya!
Ok cukup di situ sesi luahan perasaan. I nak senyum je sekarang ni. Taknak jadi macam makcik tudung kuning muka bengis mati laki. Tak sweet langsung ok.
Maaf lah i tak sempat ambik gambar makcik tudung kuning tu.
T____T
20 butterflies concerned.:
garang sungguh makcik tu. heee. sabar jela kan mengenangkan dia tua. :)
hahaaa.menyampah ok.
perghhhh!
petanda tu yana..
petanda tu..
kene banyak shopping baju ala2 vogue gitu..
huhu..
"kekdahnye makcik tudung yellow marah2..
period eh?" ko tak tanye dia cmtu ke? hehe~
=P
Cabaran seorng cikgu kan?
makcik tu jeles tgk penampilan ko kot..huhu.
psiko tu yana.
sila bersabar-sila bersabar.
mana tau lepas ni lagi ganaz akan ditemui. kontrol-kontrol kemarahanmu itu. lagi-lagi mengajar budak sekolah yang ibubapa mereka kita tak tahu lagi cemana..selamat berjaya memupuk kesabaran dalam diri, ya..
hahahaha... lain kali org mcm tuh ko buat bodoh jer takyah tanaya lebih2 biar die terpinga2...
kalo ko g nagn aku na mmg kne sembur la makcik 2...
ckp dgn makcik tu...budi bahasa budaya kita...kurang ajar tul...
rara ;
garang tak bertempat.sabar jela kite ni..hee
inaa ;
memang sangat menyampah ok.
rasa nak lempang dia laju2 ok.
yunie ;
hahahahaha petanda nak suruh i berubah pakai tudung labuh agaknya.hee
period apenye..aku rasa makcik tu dah monopos kot.tua tahu?garang macam aku pernah rogol anak dia.hahaha
mira ;
cabarannnnnnn.hehe
shida ;
mungkin jugak la tapi macam tak kena tempat je dia nak jeles.dia dah tua..aku goda laki dia betul2 baru tau..
kekeke..:p
nanie ;
tu lah tu.tengah memupuk kesabaran la ni.tapi kalau nak memupuk dengan orang yang takde kena mengena memang TAK la kan.dia bukannya emak murid i pun.dia siapa?
geramm.
sang kamen ;
ikotkan hati memang aku taknak tanya byk2..tapi kalau tak tanya macam mana urusan aku nak settle.haa
hehe
yanti ;
kalau ko ade,kite bergabung la sembur makcik tu sampai terkencing-kencing dia cakap maaf kat aku.
ekekeke :p
nabilah ;
makcik tu dah tua.tak pernah dengar pasal kempen budi bahasa budaya kite kot.
:)
like like <3 .amboi ramainye komen.hehe
Assalammualaikum, blog saya ade menjual pakaian kanak-kanak yang berumur 1 bulan - 7 tahun.....
Harga yang berpatutan.. kain cotton yang lembut, selesa dan berkualiti tinggi....
Follow me back : http://sanizazakaria.blogspot.com/
Post a Comment