Followers

Pages

Sunday, November 21, 2010

nak mata cantik? pakailah celak mekah


Assalamualaikum.
Esok ialah hari yang dinantikan. Pejam celik pejam celik rasa macam kejap pulak padahal sebelum ni dah macam cacing kepanasan rasa lamanya. hahaha. So, untuk esok..aku berserah pada ketentuanNya. Di mana aku ditempatkan, di situlah rezeki aku untuk masa depan. Kata orang, tak baik mengeluh kalau dah tuhan nak bagi kita rezeki. Oleh itu, dengan hati yang terbuka aku akan bersyukur sahaja dengan keputusan penempatan esok. Untung badan kalau dapat dekat, boleh duduk rumah sendiri je tak keluar duit nak bayar sewa rumah ke apa ke. Kalau tak berapa untung dapat jauh pun takpe, ada hikmahnya boleh merasa duduk di daerah lain. Boleh belajar cakap loghat nogori. hehehehe....

Oh ya, berkaitan entri sebelum ini mungkin ramai yang tak suka dengan apa yang aku tulis pasal KPLI tu. Contohnya salah ke apply KPLI? Kalau kita tak apply, ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ni? Kalau semua berfikiran macam yana, siapa yang akan apply KPLI tu nanti?
Ok ok. Kita semua berbeza. Pendapat kita pun lain-lain kan. Situasi lagiiiii lah berbeza kan. Kalau kau kat tempat aku merasai sakitnya hati menunggu keputusan posting dari kementerian, kau pasti akan merasa yang sama. Pasti! Jadi, aku hanya menulis apa yang lahir dari hati, ikhlas. Kalau ada yang tak suka, berhenti baca belog aku. Kalau suka sila lah kelik hari-hari. hehehe :)

Bulan depan Wan akan pulang ke tanah air dengan gelaran Hajah. Insyaallah dengan izinNya. Aku ingat lagi masa nenek pergi haji dua tahun lepas. Macam-macam nenek belikan untuk kami semua. Nak tau barang yang paling aku tunggu? Nak tau tak? Tak nak?
Ahh aku nak bagitau jugak. hee..Aku paling suka kalau dapat celak mekah. hehehehe. Kalau tak dapat celak mekah, gincu mekah warna hijau tu pun jadi. Haha teruknya perangai. Baiklah-baiklah benda pertama yang ditunggu ialah air zam-zam barulah diikuti dengan celak mekah. Ok perangai dah tak teruk kan? :p

Pastu, masa nenek bagi-bagi barang untuk setiap cucu, tiba-tiba aku dapat gelang mekah. Gembira jugak tapi masih kecewa sebab tak dapat apa yang diimpi. hehe :p Last-last, dengan muka yang sungguh tebal tak tau malu, aku bisik kat nenek. Nek, celak mekah takde ke? Haa patutnya nenek lempang je muka aku ni biar ada rasa malu sikit hahaha. Nenek pun jawab takde tapi sebenarnya aku tau ada. Disebabkan aku dah dapat gelang, maka takkan nak dapat celak pulak kan. Tiada keadilan di situ. Ohh aku sungguh pasrah.

Tiba-tiba bila dah balik hostel, masa kemas-kemas barang dari beg, aku nampak ada celak mekah dalam beg aku. Alamak, nenek memang buat i tersentuh hati tau. :) Ada dua celak nenek bagi. Satu yang jenis serbuk tu, satu lagi yang stick tu. Suka! Hari-hari aku pakai. Nak tidur malam pun pakai kau tahu? Betapa terujanya dapat celak mekah. hehehe. Sampai ke hari ni, celak tu dah hampir habes aku pakai. Sayang gila nak habeskan. 

Kali ini, aku tak harapkan apa-apa dari Wan melainkan Wan selamat pulang dengan sihat dan gembira. Itu dah cukup. Wan ialah ibu kepada abah manakala nenek ialah ibu kepada emak. Kot-kot la uols confuse kan. hehe



Ini nenek saya. Love u nenek. :)


* Mengharapkan yang terbaik pada hari esok.

11 butterflies concerned.:

HEROICzero said...

hehe gud luck~ =)

Nabiel said...

ish2..tak malu mtk kt nenek~
hehehe=P
mne celaknye?cube la pki~nk tgk gak..hehehe

s.h.i.d.a said...

betol tu..aku pon rasa ape perlunya kpli & dpli dengan adanya graduan pendidikan yg ada, ditambah plak yg sedang berhempas pulas blejar kann haish..~ Good Luck ye esk..selamat bertaklmat hehehe

yana lyana said...

heroiczero ;

thanks..:)

yana lyana said...

nabiel ;

hehehe biar lah.nenek kite bukan nenek kamu.hee

yana lyana said...

shida ;

yess kita melaluinya bersama sebab tu kita merasainya..cewahh
thanks shida..good luck to u too! :)

4feet8 said...

hey, jangan lupa updated tempat posting eh..?

Amir Syahir said...

mnjadi btul celak tu..hii

dari~ummie said...

yana,u uthm ke?wahhh!! another utmian i met in blog!hihi..yana grad tahun 2010 ke?

Anonymous said...

cmne nak bncuh celak serbuk tuh?

Anonymous said...

Where should I choose spring break? I reside in NY and my family and
I are planning of going to either Greece, Hawaii, Texas, South Carolina, Croatia, France, or the Canary Islands.

Where should we go? I would pick Greece.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com