Followers

Pages

Thursday, April 7, 2011

steamboat house, senawang



Assalamualaikum.
Uols suka makan steamboat tak? Best gilak kan?
Aku suka sangat sebab aku memang suka makan spesies bebola-bebola ni. hehe..Selain steamboat kat Johnny's Restaurant kat JJ tu, ada satu lagi tempat best nak makan steamboat iaitu di Steamboat House yang terletak di Dataran Senawang.


 





Kat sini cara nak makan ialah buffet. Seorang dikenakan bayaran RM22. Kau boleh makan seberapa banyak yang kau suka sampai kau dah tak larat langsung nak makan apa-apa. Begitu..
Makanan memang banyak gilos. Ada ayam,daging, udang,sotong,ketam,segala macam bebola,telur besar,telur kecik,pelbagai sayuran,pelbagai sos,pelbagai rempah ratus untuk buat kuah,dessert juga banyak. Memang banyak lah.



Mula-mula sampai,kena bayar dulu. Bila dah bayar tu mula lah pergi ambik-ambik makanan kan...ha time tu memang tak sedar diri ok! Betapa haloba nya sampai terasa seboleh-bolehnya nak ambik semua. hahaha..Tetapi kena beringat juga sebab sebarang pembaziran akan dikenakan bayaran. Makanan yang tak habes seberat 100g, kena bayar RM10. Ha nasib baik ada peringatan macam tu, kalau tak memang i hangkut segala yang ada tau.


kekeke...


 


 



 




 


 



 




 





Yang bestnya kat sini berbanding kat Johnnys tu,tempat ni open air. Pastu selain boleh buat steamboat yang either you nak perisa sup or tom yam, kita juga boleh bakar-bakar ok. Tu yang best. Sebab kita boleh buat perasa ikut suka hati kita. Nak buat daging black pepper ke,ayam masam manis ke, telur dadar ke, bebola bakar cicah mayonis ke dan whatsoever lah kan. Ewahh.



Mi wantan, mi maggie, mihun juga ada disediakan tapi rugi ohh ambik tu sebab cepat kenyang nanti.




hehehe...



 




Makan steamboat haruslah pakai chopstick kan. Ape barang sudu-sudu garfu semua tu.




Fineeee lah kan tiba-tiba macam bagus kau kan yana....:p




 










Kesimpulannya, agak puas hati lah makan kat sini. Sila laparkan diri dahulu sebelum ke sini ok kelak anda tidak akan pernah menyesal.





Ngeeeeee~


 





ACTUALLY NAK BELANJA ADIK JE TAPI MACAM 'KENAPA KAU KEDEKUT SANGAT HA WAHAI KAKAK?'..SO JOM LAH SEMUA AHLI KELUARGA,KITA MAKAN STEAMBOAT YE....




hahaha...

 


~Cuti-cuti Senawang 2011~ ( ni paling tak boleh blah :p)


1 butterflies concerned.:

Unknown said...

Sedap x n ade daging kambing x?nk try mkn kt sna plak

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com