Followers

Pages

Monday, April 4, 2011

i cuak ok!



Assalamualaikum.
Ini minggu lepas punya cerita.
Bukan minggu lepas yang baru-baru ini, tetapi minggu lepas yang satu lagi.
Aku dengan Una tak balik ke rumah tercinta masing-masing
*(rumah tercinta = rumah ibu bapa).

Kitorang stay kat Gemas je sebab ada kerja nak kena buat.
So pada hari Sabtu, sebulat suara lah kitorang nak pergi cari barang kat Bahau.
Ni first time aku pergi dengan aku sendiri yang drive.
Before ni pergi menumpang je kereta orang lain.
So, lain sikit lah feel nya kan.


So, kitorang pun dengan yakinnya pergi lah ke Bahau itu.
Beli barang itu ini tiba-tiba dah lewat petang.
Alang-alang dah petang sangat tu,kitorang pun stay solat maghrib dulu kat masjid area Bahau tu.
Dah habes solat, kitorang pun bergerak nak balik ke Gemas.
Dah gelap dah masa tu.
So aku pun bawak kereta dengan kelajuan yang sederhana sahaja.
Jalan ke Gemas ialah straight aje cuma ada satu simpang tu aku harus masuk kiri.


Biasalah jalan kampung kan mana nak ada sign board sangat.
Gelap memang gelap lah kan.
Pura-pura berani je aku masa tu.
Sampai satu simpang ni, dengan yakinnya Una cakap "Yana, belok kiri!"
Aku pun terus ambik kiri sebab aku pun yakin yang simpang tu betul.
Jauh jugak kitorang masuk ke dalam.
Dalam 10km atau lebih aku dah mula rasa lain.
Jalan gelap sangat-sangat.
Sempit pulak tu.
Kiri kanan ialah pokok getah sahaja.
Tiada lampu jalan.
Lampu kereta aku sahaja yang menerangi laluan kitorang.
Aku dan Una perasan ada tanda jalan "Kok Foh" kat tepi jalan.
Rasa macam janggal je dengan nama tempat tu.
Tapi kitorang buat tak tahu je.
Jalan makin gelap dan sunyi.
Tiada satu kereta pun yang lalu kat situ.
Memang kereta aku semata-mata.
Jauh jugak kitorang dah masuk ke dalam.


Tiba-tiba aku ternampak ada sampah-sampah macam tanah banyak sangat atas jalan di hadapan.
Aku mula berdebar.
"Eh tadi takde pun tanah-tanah ni"
Una senyap je.
Aku dah mula berdebar.
SANGAT-SANGAT!


Una pun bersuara...
"Yana...kenapa jalan ni macam lain je...."
Bila Una dah cakap macam tu, lagi lah aku tak keruan.
Aku dah la tengah drive kan.
Tapi aku still menuju ke hadapan.
Tiba-tiba jalan di hadapan kitorang ada simpang y.
Betul-betul Y.
Aku ambik kanan dan terus berhenti mengejut.


"Una..kita kat mana ni..."


"Tak tahu lah yana...kita salah jalan ni..."

Dah la suasana gelap gelita.
Aku pandang kiri.
Aku nampak ada kuil India yang besar.
Pastu aku nampak patung warna merah berkilat yang sangat besar dengan mata patung tu terjegil keluar!
Ya Allah.
Rasa nak tertanggal jantung aku masa tu.


Aku nak patah balik.
Tapi tiba-tiba aku jadi macam tak boleh nak bawak kereta ok!
Reverse belakang, gerak ke hadapan, pusing kanan sikit, pusing kiri sikit.
Langsung tak keruan.

Una dah mula ubah siaran radio dari Hot.fm ke Ikim dah. (hehehe...:p)

Bila dah berjaya pusing, aku pun laju je menyusuri jalan yang 10km atau mungkin lebih itu.
Dalam perjalanan dengan hati yang sangat berdebar-debar,
Tiba-tiba di sebelah kanan aku, muncul satu cahaya.
Cahaya kereta ok!
Kereta tu ikut dari belakang.
Aku mula bimbang yang tersangat-sangat.
Aku syak kereta tu nak kejar kitorang pastu langgar dari belakang atau mungkin pintas dari hadapan.
Aku takut sangat sampai tak mampu nak cakap apa-apa.
Aku tekan minyak semahu-mahunya sampai lebih 120km/jam ok.
Kalau waktu itu ada lembu melintas memang confirm aku tak boleh nak elak!
Aku just fikir nak selamatkan diri dari kereta belakang sahaja masa tu.

Aku drive selaju-lajunya.
Una kat sebelah dah membatu dah.
Mungkin cuak juga cuma taknak luahkan takut makin mencuakkan diri aku yang memang cuak masa tu.
Aku rasa kereta belakang tu ialah kereta lama.
So dia tak boleh nak pergi jauh..
Dia tak boleh nak kejar Alza aku. (cewah belagak pulak kan..hee)
Jauh jugak kereta tu tertinggal di belakang. 


Dalam setengah jam jugak, kitorang sampai ke jalan besar tadi.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Tuhan je yang tahu betapa lega nya hati aku.
Nasib baik juga masa kitorang tersesat tu minyak kereta masih banyak ok.
Kalau tak, tak tahu lah apa jadi pada aku dan Una.
*___*


Rupanya Kok Foh tu ialah estate.
Memang sangat terpencil dan menyeramkan.
Sampai rumah pun aku masih terbayangkan rupa patung besar color merah tu.
Sumpah aku takkan balik lewat-lewat lagi kalau aku tak biasa dengan jalan itu.







"Nasib baik Yana cekap bawak kereta..."



HA YELAH TU UNA. KALAU DAH TERDESAK MACAM TU MEMANG TIBA-TIBA JADI CEKAP.




kekeke....



2 butterflies concerned.:

Anonymous said...

ntah2 patung color merah tu yang kejar ko..

kekeke
:D

4feet8 said...

hui..giler seram..
kalau saya, panik giler..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com