Sesi bergambar masih lagi diteruskan.
ngheeeee
Sepupu sepapat memang menjadi orang kuat masa kenduri ni. Ada yang serve lauk, angkat pinggan tetamu yang dah habes makan, refill air, lap meja, basuh pinggan mangkuk, bagi bunga telur, potong kek, bungkus lauk dan segala bagai lah. Tak terlist rasanya. hee
Kebanyakan sepupu lelaki aku pakai baju basahan sahaja. Baju basahan tu bermaksud baju untuk siap sedia kotor. hehe. Bukan kotor mana pun sebenarnya kan. Tapi kalau dah kejap kau ke sana buat itu, kejap kau ke sini buat ini, memang sayang lah kalau kau pakai baju giordano ke kan. Begitu lah...
Hamboi bukan main riang hati si pengantin baru kita tu. Pengantin ialah di sebelah kanan ye uols. Jangan terpedaya dengan seri muka yang di sebelah kiri tu. Dia masih budak-budak.
:p
Pergi kenduri kahwin kat kampung je pun tapi kemain nak guna mata coklat. Baru semua orang ingat I lah pengantin. Kann? hehehe...
Gambar nak posisi yang sama je. hehehe...
Ha tengok budak fotogedik ni. Kemain lagi bila depan kamera. Ikut jejak siapa lah ni...aku tak pernah ajar pun tau.
kekekeke....
Sumpah I tak pernah ajar ok!
Inilah nenek aku. Nenek pun nak feeling artis tau...
'no camera pleasee...'
:p
Yang ni kupu-kupu juga.
Bila dah takde kerja.....
Layan ajee. hehe..
Yang si Kaleesya tu pun tak boleh blah. Siiibuk je semua tempat dia nak interframe tau.
Aktiviti bergosip serah pada I. Tengok mimik muka pun dah tau tengah mengumpat sana sini. Hahahaha...:p
(Bukan ohh. Tu tengah excited bercerita tu. Semua benda kalau boleh nak diceritakan. Abang dengan encik kupu-kupu muka terpaksa je layan aku. kekeke...)
Budak ni kan dia akan jadi sporting gila dengan orang yang dia kenal je. Boleh peluk-peluk, boleh cium-cium, boleh buat muka. Dapat dengan tah mana-mana orang...memang tak la dia nak sporting camtu.
Kan? hehe...
Pasangan pengantin yang pertama. Kahwin dengan cikgu jugak kupu-kupu aku ni.
Pasangan pengantin yang kedua. Isteri dia juga seorang cikgu.
Jom lah semua yang cikgu-cikgu masuk jadi ahli keluarga aku meh? hahaha...
Last picture. (p/s : tengok si budak kecik tu..hehe..)
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEPUPU-SEPUPU KU,
ABDUL MALIK & ABDUL FATAH.
SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA KE SYURGAAA.
Sekian sahaja untuk episod kupu-kupu kahwin.
Bye uols.
0 butterflies concerned.:
Post a Comment