Followers

Pages

Sunday, April 17, 2011

diary penat saya



Assalamualaikum.



ISNIN

Kewajipan untuk menghadapi monday blues. Pagi-pagi lagi aku dah dapat surat dari pejabat sekolah mengatakan aku kena menjadi pengadil untuk Bola Jaring peringkat daerah pada hari khamis. Aku pun macam....'ape kejadahnye tiba-tiba aku pulak yang kena ni'
Bila aku tanya orang yang bertanggungjawab tu, dia kata 'ala takpe...benda ni boleh belajar'. Aku memang tak pandai nak melawan maklumlah orang baru kan. Tapi kepala dah serabut dah masa tu sebab memikirkan macam mana aku nak jadi pengadil bola jaring tu. Kalau masa tu baru nak belajar, masa tu nak jadi pengadil...macam mana kan? hadoiyai !




SELASA

Sekolah aku menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Tampin. Aku ialah pengurus bola tampar untuk pasukan lelaki bawah 18 tahun. So, sibuk lah aku ke sana ke mari pada hari itu. Nasib baik menang ok. Semua kategori dapat masuk ke peringkat separuh akhir. Alhamdulillah. Tapi i adalah hitam. Fine.




RABU

Sambungan Kejohanan Bola Tampar lagi. Dan aku semakin hitam lagi. hahaha...
Alhamdulillah sekolah aku johan untuk semua kategori iaitu Lelaki bawah 15 & 18 tahun dan Perempuan bawah 15 & 18 tahun. Bergaya sungguh. hehe.. So, kebanyakan anak murid aku dapat pergi ke peringkat negeri. Kejohanan di peringkat negeri ialah pada selasa dan rabu minggu hadapan. Hoi jangan cepat sangat boleh tak?

Masa dah menang tu kan, aku dengan yakinnya pergi berjumpa dengan GPK koko nak bagitau dia yang aku taknak pergi jadi pengadil tu.

"Encik, saya mintak maaf saya tak dapat pergi jadi pengadil esok..."

(dia terkejut tengok aku tegas)

"kenapa?"


"saya tak pandai main bola jaring apetah lagi nak jadi pengadil..mintak maaf sangat, saya tak boleh"

(dia diam..fikir-fikir )


"kalau macam tu takpelah..lagipun awak dah sibuk dua tiga hari ni"


YES !
haaaa cair kau. :p





 KHAMIS

Sekolah macam biasa. Petang pulak budak-budak bola tampar ada latihan pusat. Tapi aku tak datang pun sebab diorang ada coach jemputan. Aku memang carik peluang nak mengelat je. hehehe...Penat ok!






JUMAAT

Aku kat sekolah pagi tu dah macam apa. Sibuk menguruskan borang-borang pemain bola tampar. Uruskan gambar-gambar diorang sebab nak fax kat ppd hari itu juga. Memang rasa tak cukup tangan masa tu. Pastu petang kena datang tengok diorang training sebab semalam i dah ponteng kan.

Pastu, aku dan kawan-kawan pun menuju ke Kem Asahan Melaka untuk Kursus Kepimpinan Pengawas.

Malam tu kitorang join night trekking. Mula pukul 12.30 dan habes pukul 3 lebih. Balik je bilik penginapan, terus zzzzzz lah kite dengan air-cond yang kuat. Perghhh memang tidur mati terus. hehehe...





SABTU


Menjalankan aktiviti di kem.




AHAD


Menjalankan aktiviti di kem. Pastu dalam pukul 1 bergerak pulang. Sampai rumah terus membasuh baju yang BANYAK itu. Penat ok! Pasni nak beli washing machine cepat-cepat. Oh gaji...cepatlah kau menjadi RM 10k. :p


Dan esok monday blues lagi. Petang pula aku kena membawa budak bola tampar ke Seremban untuk Kejohanan bola tampar peringkat negeri sampai hari rabu.


Sabtu pulak ada sekolah ganti.



Waaaaaaaaa....nak nangis nak nangis.
Kenapa penat sangat ni?
:'(




Bye.




5 butterflies concerned.:

WanN said...

i miss cupin :(

*tetibe

4feet8 said...

gila pad jadual..!

Anonymous said...

ko ni cikgu landskap ke, cikgu pjk haa? confius aku.

powluck said...

sibuk gila ni..

tasekM said...

salam singgah.


penat sungguh.









z84.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com