Assalamualaikum.
Nama aku Liana. Bermaksud kelembutan.
Tapi dalam lembut-lembut tu entah mana datangnya minat aku banyak menjurus kepada aktiviti lasak. Zaman awal remaja dulu sibuk lah dengan kawadnya, mendaki gunung sana sini, main bola tampar paling tak boleh blah padahal dulu masa kecik-kecik aku tak heran langsung bila makcik-makcik berek turun main bola tampar setiap petang. Mungkin aku tak berapa nak masuk dengan golongan yang bertahun lebih usia dari aku. heeee :p
Apabila makin meningkat dewasa ni, dah mula tak minat sangat aktiviti lasak. Mula nak jaga kulit lah taknak hitam, taknak kena calar dengan kayu-kayu kat hutan, taknak gatal-gatal kena gigit dengan serangga hutan lah. KONON nak cantik lah kann. hehe..
Eh merapu sangat dah aku ni. Aku nak cerita pasal aku pergi Kem Motivasi Pengawas sebenarnya. Tiba-tiba merepek pulak kelembutan lah kecantikan lah bagai kan. haha..
Pada awalnya, nama aku, Una dengan Kay takde pun untuk pergi kem tu. Bagus sangat lah. Memang kitorang taknak pergi pun sebab dah la banyak kerja lain nak buat masa tu. Last-last kejaiban berlaku. Tiga-tiga sekali kena pergi sebab ramai cikgu yang tak dapat pergi. Sakit lah, itu lah, ini lah. Nyampah ok!
Aktiviti pertama dan terakhir (hehehe) yang kitorang join ialah night trekking. Ikut rasa hati aku ni memang kirim salam lah aku nak join. Sebab dah ramai yang telah ditugaskan untuk follow murid-murid tu masuk hutan. Dan kebanyakannya memang lelaki lah kan. Aktiviti tu start pukul 12 tengah malam. So, before tu kitorang rehat-rehat dulu kat bilik yang amat selesa. Rehat punya rehat terus ketiga-tiga pun zzzzzzzz dengan nyenyaknya. :p
Sedar-sedar je ada sorang cikgu lelaki sekolah aku call..
"weh..ko tido ke??"
Aku betul-betulkan suara sikit. Cover line weh. kekeke :p
"Eh taklah. Manade tido. Kitorang duduk-duduk je ni.." (punyalah nak menipu kan..hehe)
"Ko nak join night trekking tak?"
"Nak la"
"Ha cepatlah siap. Semua orang tengah tunggu korang je ni tau?"
Hambik. Terus kelam kabut kitorang bangun. Siap-siap segala bagai. Muka memang jelas gila baru bangun tidur. Hahaha..Sampai je kat tempat berkumpul, murid-murid semua tengah sibuk spray-spray kaki, keluarkan stokin, memang semua nampak bersedia betul lah nak masuk hutan tu. Tapi aku dengan kawan-kawan macam takde perasaan je. Dengan tak bawak air langsung, tak bawak towel kecik, aku pulak slumber je pakai stokin pendek. Bukan sengaja tau uols, tapi i memang tak ingat langsung nak bawak stokin panjang. Nak kata i geli dengan pacat memang lah geli tapi tabah je hati ni pakai stokin pendek. heee
Habis je pengembaraan selama lebih kurang 3 jam, aku dengan kawan-kawan memang layu di tasik madu betul lah. Dahaga yang amat ok! hehehe..Aku memang rasa nak laju-laju masuk bilik dan mandi, tapi kena stay pulak tengokkan murid perempuan yang kena gigit pacat. Bertabah lagi aku di situ.
Masuk bilik, bukak-bukak kasut, aku tengok dah berdarah dah stokin aku. Cehh aku pun kena gigit pacat rupanya. Hampeh. Tapi nasib baik dah sampai bilik baru perasan. Kalau kat tengah hutan aku dah perasan, mau jatuh kredibiliti i sebagai seorang cikgu sebab geli dengan pacat kan. kekeke...
Ni aktiviti pada pagi esoknya.
Teringat pulak zaman PLKN aku dulu. huhuhu..
Seronok tapi i dah tak berapa nak ada nafsu join aktiviti ni. Biar lah anak-anak muridku yang muda remaja tu yang merasainya pula. I retired sudaa..hehe...
TAKMO LASAK-LASAK DAH LEPASNI. LASAK SIKIT TAKPE. I NAK CONTROL AYU JE SEKARANG NI. KATA CIKGU AYU KANN?
kekekekeke....
* Dulu kan..aku pernah kena gigit pacat. Masa pacat tu tengah sedap hisap darah aku, aku tarik dia. So bekas gigitan pacat tu berbekas lama. Mula-mula bulat kecik warna merah lama-lama makin besar. Pastu bertukar jadi warna coklat-coklat. Gatal gila memang takleh dibendung. Terus aku pergi klinik. Doktor kata, pacat yang gigit aku tu ialah pacat tua. Masa aku cabut dia dari kaki aku, gigi dia tertinggal sebab tu jadi kudis. Hampeh betul pacat tua tu. Doktor pun bagi air untuk cuci. Dan sekarang dah kembali normal.
Lain kali, kalau pacat dah gigit kaki uols dan tengah hisap darah, biarkan je. Dia hisap darah kotor. Elok jugak tu. Jangan sesuka hati cabut apabila dia tengah gigit. Ok?
Bye.
:)
1 butterflies concerned.:
kesian dia. dahla tua, reput dah gigi dia, sampai patah cikgu buat..hehe..
Post a Comment