Followers

Pages

Thursday, July 12, 2012

Kalau takdir memang begitu, maka ia jadi begitu



Assalamualaikum.

Ewahh kan. Main takdir-takdir pulak sekarang ni kan.
Nasib aku sejak dua menjak ni selalu sangat tak berapa baik. Bertimpa-timpa. Lepas tersepit jari  boleh pulak terseliuh kaki. Tak cukup dengan tu, tah kalenjar apa macam bengkak kat bawah tulang rahang pipi kiri aku ni. Lepas kalenjar tu bengkak, aku asik lah nak demam aje. Sikit-sikit demam sikit-sikit demam. Pondan sangat kan? (perempuan boleh dikira pondan jugak tak?)
Paling dahsyat ialah semalam sebab suhu badan cecah 39.8 darjah celcius uols. Bayangkan betapa panasnya. Aku tak lalu nak makan. Tak boleh nak tidur tapi mengantuk sebab dah telan ubat. Ha macam mana lah tu kan. Tapi aku gagahkan jua badan pergi sekolah esoknye tu. (mintak puji..haha)
Muka sememeh je kat sekolah sebab tak larat. Pastu siapa yang cari pasal memang laju je kena maki. heee....



Banyak sangat cerita yang tertangguh. Malam ni rasa sihat sikit pastu tetiba feeling rindu nak menaip kat blog maka ini hasilnya. Terima kasih sebab baca ye. Nah kiss - muah! eh...








Perhimpunan isnin haritu, kelas aku dapat lagi anugerah kelas terbersih dan ceria untuk bulan Jun. Dah dua bulan berturut-turut dah ni. :)
Ingat lagi bunga comel yang anak murid aku tanam untuk hiasan zon landskap dalam kelas tu?
Dengan rasminya bunga itu telah hilang ok! Memang monyet sangat budak-budak kat sekolah ni. ggrrrrr!








Ada sorang anak murid aku sangatlah gediknye. Dia pelajar lelaki yang sepatutnya dah habes spm tapi dia tak pandai membaca so dia masuk kelas peralihan. Gambar profile kat facebook dia semua gambar aku. Sukati dia je. 







Aku dah sound leklok macam kat atas ni tau tapi dia tak padam-padam jugak. Siang tadi kan aku macam singa sikit kan, aku panggil dia dan tanya apa masalah ko guna gambar aku? Haa terus ko aku di situ kan. Macam-macam lah aku bebelkan. Tadi aku check profile dia, dah padam dah semua gambar-gambar aku. Pastu laju-laju aku block dia. Mental tau budak ni. Dah la tak pandai membaca sangat. Korang baca ayat dia yang akhir tu...ok cikgu bye selamat malam cikgu liana, ilayan dan kamarudin.


Sebenarnya apa tau? Dia nak kata selamat malam kat aku (cikgu liana), kat una (cikgu ilyana), dan paling tak boleh blah, kat kay (tapi dia taip kamarudin?? kamarudin tu bapak kay ok!)
Aku baca mula-mula kan siap nak menangis sebab kelakar sangat. hahaha...


Macam-macam perangai lah diorang ni. Tak larat nak layan tau...



Ok. Dah tiba masa untuk makan ubat antibiotik kuat. Hopefully esok kesihatan saya semakin baik dan baik. Doakan saya ye. Thanks sudi baca. :)





3 butterflies concerned.:

4feet8 said...

tak bleh blah ayat cikgu "memang monyet sgt budak2 kat sek ni" keke..cam comey je gaya marahnya..hehe..

bengkak tu, beguk ke cikgu? doktor tak cakap pape? kdg kat area situ org panggil "beguk cantik". kena pakai rantai emas apalah, entahla..

Ardini Humaira said...

hehehe memacam budak sekolah zaman skang

Cikbintang said...

heehehee...comel gila conversation disitu..hahahaa.....nk trgelak2 ni... =)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com