Assalamualaikum.
Ok. Selesai anak murid aku buat lukisan rekabentuk diorang tu dari pelan asas sampai ke pelan induk, maka proses membina model rekabentuk pun dijalankan.
Diorang kena bina model berdasarkan lukisan pelan rekabentuk masing-masing.
Sebagai tapak, kita gunakan polistrin putih yang tak berapa tebal juga tak berapa nipis. Agak-agak je yang nampak sesuai dan cantik. So, buat ukuran mengikut kesesuaian. Macam anak murid aku ni, aku suruh diorang ukur polistrin tu mengikut saiz lukisan rekabentuk. Betul-betul mengikut ukuran lukisan dalam kertas A3 tu.
Hasilnya setelah dipotong. Guna pisau pemotong yang betul-betul tajam supaya polistrin tu tak pecah-pecah bahagian tepi dia.
Seterusnya, spray tapak model dengan color hijau. Spray jauh-jauh je supaya dia nampak sekata dan tak terlalu pekat dan berlubang. Lepastu jemur sampai kering.
Buat ukuran di sekeliling tapak model ikut suka. Nak tebal kita tanda 2 cm, nak nipis sikit tanda 1 cm. Ikut kesesuaian ok.
Then, cat dengan color merah supaya nampak ala-ala border gitu. Color merah dipilih kerana dia kontra dengan hijau so akan menimbulkan effect yang lebih mengancam. *eh over
Settle bab tu, pelajar-pelajar pun boleh mula mereka model masing-masing mengikut kreativiti menggunakan kertas, kayu, pencungkil gigi, kain, batu, dan sebagainya.
Model kolam. Hanya tampal kertas bulat berwarna biru, letak gam dan taburkan pasir di sekelilingnya.
Model pokok teduhan. Ambil ranting pokok hidup yang mempunyai struktur yang cantik. Untuk daunnya, gunakan span membasuh periuk yang color hijau tua tu.
Paling simple, model set kerusi simen ferro. Gunakan kertas warna sahaja.
Model pergola. Gunakan pencungkil gigi sebagai tiang dan tikar getah yang dipotong-potong sebagai rasuk dia. Pandai-pandai adjust nak besar ke nak kecik ke nak tebal ke.
Taraa!
Ini antara hasil kerja anak murid aku. Ni kategori simple lah ni. Benda-benda basic je semua.
Ini simple juga. Ada terkantoi sikit dia spray dengan banyak dan dekat sampai sedikit berlubang polistrin dia. Kat area pergola tu. huhu..
Hasil kerja anak muridku yang ok ok aje.
Ini kategori rajin dan sedikit kemas.
Dan ini terpaling aku suka. Kemas, cantik, kreatif, menunjukkan kerajinan dan tersusun. Walau agak sedikit hutan khatulistiwa di situ tapi nice sangat kalau tengok secara live tau. :)
Settle satu kerja. Sekarang nak kejar kerja kursus bab perniagaan dan keusahawanan pula. Chayok!
:)
2 butterflies concerned.:
yang akhir nice..feeling taman yang redup :)
kann? kite pun rase mcm tuu :)
Post a Comment