Assalamualaikum.
Semalam ialah hari pertama berpuasa di sekolah. Semua berjalan lancar je sebab sebelum ni pun dah sibuk puasa ganti kan. So biasa-biasa aje lah rasa berpuasa yang sebenar ni.
Semalam waktu mengajar aku ialah 6 masa. Tak padat sangat. Masih ada masa nak rilek-rilek kat bilik guru lagi. Nak dijadikan cerita dugaan aku ni, pukul 10.40 pagi aku ada kelas tingkatan 1 subjek kemahiran hidup. Kalau waktu kh, memang pelajar semua dah tahu rutin diorang kena beratur datang ke bengkel.
Pukul 10.40 pagi tu, lepas je bell ring, ada la beberapa orang pelajar aku datang beratur depan bengkel. Bila aku tanya mana yang lain, diorang jawab on the way. Ok takpe lagi. Biasa lah budak-budak kan. Main lebih. Loceng dah bunyi time tu lah dia nak cari buku, time tu lah nak cari pencil box, time tu lah nak bergurau senda dengan kawan dia. Aku dah masak sangat dah perangai budak tingkatan 1 ni. Kanak-kanak ribena pun lagi kan.
Ada 6 orang lagi pelajar aku tak sampai-sampai. Aku suruh je pelajar yang dah sampai tu masuk ke bengkel. Ada sorang pelajar minta izin balik ke kelas sekejap sebab dia tertinggal buku teks. Alang-alang tu, aku suruh dia panggil sekali budak 6 ketul yang masih tak muncul-muncul lagi tu.
Sampai sahaja pelajar yang ambik buku teks tu balik ke bengkel, aku tanya mana kawan-kawan awak yang 6 orang tu? Dia cakap diorang taknak datang cikgu, diorang nak rilek dalam kelas.
Amboih!
Kemain kan? Nak rilek dalam kelas engkorang ye. Lalu, aku teruskan aje mengajar. Aku buat peta minda di whiteboard dan suruh pelajar yang ada dalam bengkel salin. Aku pun dengan berbekalkan sebatang rotan, dengan niat untuk menjemput pelajar yang 6 ketul dalam kelas tu.
Nak dekat sampai ke kelas tersebut, bebudak tu dah nampak aku, boleh tak diorang dengan selamba lari dari aku? Siap main nyorok-nyorok lagi tepi tangga, siap gelak-gelak lagi. Termenyirap aku kat situ. Dapat aku rasakan darah menerpa ke muka dah seluruh kepala aku menahan marah. Aku terus jerit kat situ jugak 'kalau ko rasa ko pelajar pertanian, ko masuk kelas sekarang!!!!' memang serius aku dah macam singa betina.
Seketul-seketul keluar dari tempat persembunyian dan masuk ke kelas. Aku memang tak boleh blah tengok diorang. Aku tanya pelajar pertama kenapa tak masuk kelas aku? Dia jawab 'saya takut cikgu denda saya sebab saya tak bawak buku teks'.
Aku jawab 'oooo ko lagi takut aku denda ko sebab ko tak bawak buku teks daripada aku denda ko sebab ponteng kelas aku?? bak tangannnn.' Tiga zasss aku rotan tangan dia. (kalau tengah marah, memang ko aku je dengan pelajar)
Pelajar kedua bila ditanya, jawapan dia 'saya nak masuk kelas tadi cikgu tapi diorang ni yang nak ponteng' -dengan gaya gangsternye ok uols. aku jawab 'eh engko..lantak diorang la taknak masuk..ko pun sebok taknak masuk dah kenapa?' zasss tiga kali jugak.
Pelajar seterusnya boleh jawab apa tau uols? Saya pergi tandas cikgu. Punyalah lama dia pergi tandas kan. Padahal aku nampak je dia turut sama main nyorok-nyorok tadi. Pelajar seterusnya pun bagi alasan tak munasarawak langsung tau. Geram je aku. Dah aku pulak nak kena menerjah diorang kat kelas kan.
Lepas semua dah dizass, aku suruh diorang duduk dalam kelas tu, tak payah bukak kipas. Siapkan nota yang aku nak mengajar haritu. Agak banyak jugak nota tu tapi kalau aku ajar, aku buat peta minda je so nota jadi ringkas kan. Haaa dah diorang nak sangat memontengnye, mendapat lah kena buat nota yang sangat banyak. Aku cakap esok kalau nota tak siap, diorang kena lagi teruk dari yang diorang kena harini. Masing-masing muka insaf je. Biar diorang tau erti penyesalan.
Selesai bab diorang, aku kembali semula ke bengkel. Pelajar yang ada dalam bengkel tengok aku semacam je pastu ada sorang pelajar tanya 'cikgu buat apa dengan diorang? muka cikgu merah giler'
Gulp! Baru aku tersedar. Betapa tahap kesabaran aku dah mula menipis apabila melayan kerenah pelajar-pelajar aku. Kena muhasabah diri nampaknya ni.
Dan harini, kelas KH aku tadi aman damai je. Semua kerja siap. Alhamdulillah. Budak zaman sekarang ni nak kena bagi sakit dulu baru dia tahu ikut arahan.

Jangan ingat muka cikgu baik suci kampung kudus macam ni tak mampu nak jadi singa betina tau. heee...
Kurang pahala puasa i semalam.
Ya Allah, kuatkanlah semangatku menghadapi anak muridku yang semakin mengada-ngada. Tingkatkanlah tahap kesabaranku semoga didikanku membentuk mereka menjadi orang yang berguna. Ameeen....
3 butterflies concerned.:
macam tu r mak ayah cikbintang =)
amin.. mudah-mudahan kita tetap kuat menghadapi peel perangai mereka itu..
mak aiii,garangnya cikgu...kena tahan kan?..nasib student2 eca xjajal sgt.suh je berdiri atas bangku,diam terus..xde nak monteng sgt.alhamdulillah.
Post a Comment