Followers

Pages

Sunday, September 16, 2012

Memungut remis di Pantai Pengkalan Balak, Melaka



Assalamualaikum.

Cuti hujung minggu aku kali ni ialah bersama rakan-rakan guru. Diorang buat hari keluarga di Pengkalan Balak, Melaka. Mula-mula malas sangat nak join sebab i belum ada keluarga kan. Baik habiskan masa dengan keluarga sendiri di rumah. Lagi heaven. Tapi last-last terjoin juga sebab aku fikir ada geng je pun. Kalau geng takde, memang aku pun non hado nak join. hee


Diorang berkumpul di sekolah pada hari sabtu dan berkonvoi sama-sama menuju ke D'Nelayan Beach Resort. Aku tak join sebab aku dari Seremban. Alahai sejam je pun perjalanan. Ingatkan jauh sangat rupanya lagi jauh Gemas tu ha. Baik aku posting Melaka je haritu. :p


Cerita lebih detail nanti aku update ok. Cari mood rajin dulu. hee
So aktiviti pagi tadi ialah memungut remis. Uols tahu ke idok apa itu remis? Aku pun memula tak tahu jugak tau siap google lagi nak tahu camne lah rupanya si remis tu. kekeke...









Kebetulan kat pantai tempat kitorang menginap tu ada banyak remis. Cara nak pungut? Ko duduk-duduk je situ, raba-raba pasir sikit dan jumpa. Memang banyak. Pungut remis ni boleh buat kita leka tau. Sebab sambil-sambil duduk, sambil-sambil rasa dalam pasir tu, sambil-sambil juga ombak kuat hentam badan, memang sedap. hehehe...












Banyak jugak kitorang dapat tapi tak pergi hantar timbang pun. Ada pertandingan sebenarnya siapa kutip paling banyak tapi tak kuasa nak timbang sebab masa tu sibuk nak mandi kolam renang. Kolam kanak-kanak pulak tu. haha..
Tu je pun peluang yang ada sebab masa tu semua orang sibuk bersukaneka. Kalau tak tu, jangan harap lah nak merasa mandi kolam tu. Memanjanglah penuh dengan budak-budak. Eh tak kisah lah budak ke mak budak ke bukan semua orang suka mandi kolam ke? eh...







Remis





Taraaa! Dan ini hasilnya remis kitorang yang tak berapa banyak. hehe..
Aku bawak balik sikit dan dah masak dah pun untuk makan malam tadi. Sedap juga. Manis-manis lemak gitu rasanya. Macam makan kuaci. hehe...


Nak tunggu hari Selasa pulak sebab dah janji dengan diorang nak masak remis sesama dan kenduri hamper yang kitorang dapat untuk cabutan bilik bertuah. 


Tak sabar tak sabar...hehehe...



2 butterflies concerned.:

Ayu said...

Mmg best kutip remis!ralitt!:-) sedapnyer klu msk lemak cili padi...:-)

yana lyana said...

kan? eh siap msk lemak cili padi ye? kite rebus gitu je..pun sedapp. :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com