Assalamualaikum.
Alhamdulillah berakhir juga minggu yang aku rasa macam panjang ni. Minggu ni i bertugas uols. Masa aku jadi guru ganti dulu setiap minggu ada tiga orang guru yang bertugas. Memang tak rasa beban sangat. Tapi sekolah aku sekarang ni guru bertugas dua orang je. Dua orang nak cover murid yang lapanratus. Oh my .....!
Hari isnin pagi-pagi lagi dalam pukul 8.30 dah ada kes murid sakit. Hampir pengsan budak tu masa aku datang kelas dia. Muka dia pucat, tangan dia sedikit menggigil. Ah sudah. Lain macam je kan. Dia kata dari semalam dia tak makan. Aku suruh dua orang kawan dia papahkan dia bawa ke kantin.
Aku belikan air milo suam dan suruh dia minum. Dia muntahkan balik ok air tu.
Haruslah bawa ke klinik. Sampai klinik bila doktor check-check, masukkan air segala tetiba murid tu sakit kat bahagian perut pulak. Masuk air lagi....
Pukul 11 pagi, doktor bagitau aku kes murid aku tu kena refer ke hospital sebab kemungkinan murid tu appendix. Darah yang diorang check pun ada sedikit jangkitan kuman. hadoi lah..macam-macam lah pulak kennnn. Aku pun call emak murid tu nak maklumkan pasal anak dia kan. Mak dia sebak terus. Dia cakap dia tak pandai memandu, suami dia pulak tengah kursus kat Cameron (askar).
Alahai kesian betul aku dengar. Aku pun laju je cakap takpe2 biar saya yang uruskan.
So, murid tu dibawa ke Hospital Segamat menaiki ambulans. Aku follow belakang menaiki zaza. Tapi semput jugak nak follow ambulans tu. Kemain laju lagi. Kecut perut aku nak pecut laju macam tu. hehe...
Sampai hospital kena tunggu pulak lagi. Last-last memang murid tu kena tahan wad. Pukul 1 tengah hari baru dia dibawa ke wad dan aku? Haruslah zas balik sekolah kan. Ada kelas dengan tingkatan 5 cantik pulak tu masa tu. Aku bagitau emak murid tu anak dia dah masuk wad dah dan aku terpaksa balik ke sekolah.
Hari khamis, aku nampak budak tu. Eh, dah keluar dah ko? hehe..
Dia datang jumpa aku bagitau dia keluar wad, tapi tunggu turn untuk dioperate. Siap bagitau mak dia kirim salam kat aku dan ucapkan terima kasih banyak-banyak. :)
Macam-macam kan? hehe..
Kebetulan hari tu aku puasa pulak tu. Tengok murid lagi dua orang tu minum air sirap pun aku dah terliur dah tapi tabah je. :p
Penat jangan cakap lah. Nasib baik cikgu tak pengsan tau. kekeke...
Tetiba selit gambar ni. Iklan jap eh..
Ni masa pergi beraya rumah rakan sekerja. Pergi secara konvoi maka kita pinjam kejap anak dia ni. :p
Comel kan bayi ni? Geram sangat kat dia sebab tak nangis langsung. Buat macam mana pun tak nangis. Cubit pun tak nangis camne? haha..kantoi ada cubit dia kan. hee
Dan ini ketika di klinik kesihatan. Kita yang menunggu ni kena berdiri berjam-jam ok. Nak tumpang duduk kat katil tu kita malu. :p
Dan esoknya isu yang aku ketengahkan dalam perhimpunan ialah kepentingan mengambil sarapan pagi. Nak membebel panjang aku tak reti. Bebel sikit-sikit je.
So uols juga, jangan skip breakfast ya! Bye.
(Isnin depan cuti. Yes! tak payah buat laporan di perhimpunan. hehe...)
0 butterflies concerned.:
Post a Comment