Assalamualaikum.
Tahun ni tetiba kena pergi majlis terbuka aidilfitri untuk warga pendidik daerah Tampin. Tahun lepas senyap sunyi je tak tahu menahu pun. Awal-awal lagi kitorang dah di'booked' untuk jaga booth sekolah kat pejabat pelajaran sana. Amboi tau pilih yang vogue-vogue aje suruh jaga booth. eh..
Setiap sekolah dalam daerah Tampin dah diagihkan tugas masing-masing. So, sekolah kitorang kena sediakan desserts. I likee. Manis-manis lemak-lemak ni memang aku suka. hehe...
Macam-macam menu disediakan. Ada sate, lemang, rendang ayam, rendang daging, rendang maman, laksa penang, bubur pulut hitam, buah-buahan, pelbagai jenis kek, air panas, air sejuk, kambing golek (sangat sedap dan laku), dan apa-apa lagi lah. Sangat lah banyaknye.
Ehem. Rajin tak weols? kekeke...
Aku dengan Una tengah memasak jeli strawberry untuk layer paling atas puding triffle.
Pagi tu, merewang lah kitorang kat bilik memasak kemahiran hidup sekolah. Kitorang kena sediakan desserts kan. So menu yang dipersetujui ialah jeli kelapa, puding koktail, puding karamel dan puding triffle. Berpeluh-peluh semua mengerjakan semua tu.
Terpaksa mintak tolong pelajar form 1 aku. Kebetulan masa tu waktu kh aku dengan diorang. Nasib baik diorang ni memang boleh diharap. Sangat membantu. :)
Puding triffle in progress...
Berposing sempat aje tau semua. Amboii...hehe..
Pukul 11 pagi semua makanan settle. Kitorang balik rumah, mandi-mandi, siap cantik-cantik (eh..cantik lah pulak kennn? hee), pastu beli ais untuk masuk dalam bekas polistrin supaya jeli kelapa dan segala puding tu stay cool aje pastu zass kita ke Tampin sana.
Dah sampai!
Susun-susun semua pastu gilir-gilir pergi cari makanan dari satu booth ke booth yang lain. hehe..
Tujuh orang cikgu perempuan dan dua orang cikgu lelaki mewakili sekolah kami.
Kemain laku tau especially puding triffle dan jeli kelapa. Macam pakai pelaris je. cewah! haha..
Belum sempat pukul 3 dah licin dah semua. Padahal orang-orang besar belum meronda lagi. Camne tuh? hehe..
Geng-geng bujang yang SENTIASA dapat kerja. Macam takde cikgu lain kat sekolah tu tau. lalala...
Tapi ada geng gorgeous ni, aku layankan aje.
Sekian.
0 butterflies concerned.:
Post a Comment