Followers

Pages

Monday, July 2, 2012

Tingkatan 5 Cantik, Kelas terbersih dan ceria :)




Assalamualaikum.

Last week masa perhimpunan rasmi hari isnin, tingkatan 5 Zamrud ( 5 Cantik lah tu ok?) diumumkan sebagai kelas yang mendapat purata markah lebih 80% sepanjang bulan Mei. Ha tak ke terharu guru kelas diorang ni? Rasa nak nangis pun ada tau. *over
Kelas aku tu dah la Zamrud, starting word pun dah huruf z maksudnya kelas paling last sekali, majoriti pelajar tak berapa pandai, ada yang tak tahu membaca, ada yang tak berapa fasih nak berbahasa melayu, ada yang tak datang sekolah sampai 64 hari, ada pasangan bercinta, macam-macam ada lah kelas aku tu.








Tapi bab-bab kerja yang tak payah mengadap buku diorang rajin. Buat kerja amali ke, buat projek simen fero ke, buat model landskap ke, ceriakan kelas ke, memang rajin.
Lagi-lagi nak suruh buat sesuatu untuk letak dalam kelas, semua setuju. Nak letak itu setuju, nak letak ini setuju. Sudahnya dah macam tadika kelas aku tu. hee
Setiap kali subjek landskap, memang aku mengajar diorang kat bengkel landskap. Jarang lah aku mengajar dalam kelas. So aku pesan kat ketua tingkatan je supaya semua pelajar bertugas terutama sapu sampah. 










:')










Cak! Comel tak pokok yang anak murid i tanam? hehe...
Pokok hidup yang baru disediakan untuk hiasan dalam kelas. Nak buat zon landskap diorang kata. Aku ok kan aje asalkan korang jaga pokok tu dan siram setiap hari. Jangan jadi macam tahun lepas, semua pokok pun mati.










Paling latest...last week aku jenguk kelas, benda ni dah takde! Diorang kata ada budak kelas lain yang koyakkan. Memang aku dah agak dah. Pelajar sekolah aku ni memang semua jakun kampung pelusuk! Pantang tengok benda cantik sikit mulalah nak rosakkan. Aku pun tak faham kenapa pelajar-pelajar area kampung perangai macam ni. Pelik sangat kan?
Aku pesan kat ketua kelas lepasni nak pergi makmal sains ke, bengkel ke, rehat ke, wajib lah dikau mengunci dan memangga kelas ini! Hilang atau rosak apa-apa lagi pasni cikgu malas nak layan da.



Semoga kelas ini mampu mengekalkan semangat mereka untuk membersih dan menceriakan kelas. Ameen.... :)






4 butterflies concerned.:

Luqman Zakaria said...

biasalah ..keas jeles kot sebab tuh dikoyakan haha~

Ardini Humaira said...

leh belanja budak kelas :D

yana lyana said...

luqman zakaria ;

kan? jeles sikit dah mula nak musnahkan org laen punye...gggrrr

yana lyana said...

ardini humaira ;

aah kan..kene blanje nih..hehe..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com