Followers

Pages

Saturday, October 19, 2013

Maskot rumah sukan kuning : Si Lebah



Assalamualaikum.

Perkara paling penting ketika Hari Sukan Sekolah ialah persaingan antara kesemua rumah sukan. Kalau boleh semua acara sukan pun kita nak menang. Time tu takde dah kawan, yang penting rumah sukan kita sendiri mendapat mata. Persaingan yang sihat katanya :)

Maskot juga sangat penting. Kalau kat sekolah aku tu selalunya bukan pelajar yang pening, tapi cikgunya yang pecah kepala nak fikir nak buat maskot apa tahun ni. Dah tahu maskot apa, nak kena cari pelajar yang sesuai pula. Pelajar pulak tak semuanya sporting kan. Ada yang malu malu kambing taknak buat macam tu taknak buat macam ni. Serius boleh pecah kepala cikgu cikgu tahu?


Saya ialah guru penasihat rumah kuning ya. So tahun ni bersetujulah semua guru rumah kuning untuk membuat maskot lebah. Tahun lepas dah guna maskot bunga matahari, dua tahun lepas pula dah guna spongebob. Tahun ni lebah okay. Harapnya comellah.








Dapat murid yang sporting begini memang senang kerja. Buatlah apa pun kat dia, dia redha je. hehe..










Taraaaa!  Si lebah comel dah siap. Siap ada penyengat lagi kat belakang tau. Punyalah berat nak jahit benda tu. Kesian budak ni asyik asyik mengadu cikgu bontot ni beratlah rasa nak jatuh lah. Cara nak betulkan kena naikkan jelah seluar awak tu murid. Bersabarlah. Habis perbarisan nanti, bukak je terus okay.










Nasib baik masa perbarisan tak tertanggal tahu tak. Aku ni nervous je. Pandang dari jauh dah londeh londeh dah seluar budak tu. Kesian pulak rasanya. huhuhu...









Terima kasih Lorna kerana sudi menjadi lebah untuk rumah sukan kita. Awak memang comel dan sangat sporting! :) Pelajar Sarawakian memang sporting kan uols :)
Eh si Ester kat sebelah tu bukan rumah kuning yee. Dia tumpang glamour si lebah je. Eh :p











Hidup Rahman!
:)







1 butterflies concerned.:

Unknown said...

cantik maskot lebah.....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com