Assalamualaikum.
Dah tiba tiba up cerita hari jadi pulak kan. Tangguh tangguh tangguh langsung lupa hehe. Cerita bukan 8 ni uols baru hegeh hegeh nak update ha boleh kenn? :p
Tahun ni hadiah tak banyak pun. Terasa betul yang diri ni dah tua bangka. Tahun lepas ada jugak hadiah dari anak murid kan. Klik SINI.
Tahun ni non hado. Makan kek ada sebab masa hari jadi aku tu ialah hari kedua hari raya. Merasa lah jugak makan kek hari jadi sendiri untuk tahun ni. Hadiah? Ni nak cerita ni. Hadiah hari jadi yang pertama aku dapat dari Ester, si anak angkat tu.
Alololo. Sweet sangat Ester. Dia tak tahu 'mama angkat' dia ni dah tua masih juga dia nak hadiahkan teddy bear. Besar pulak tu. Takpelah i tetap menyukai jua :)
Kad yang sweet juga :)
Cak! Haa muka teddy bear sama besar dengan muka birthday girl. kekeke :p
Thanks Ester.
Rasa macam dah lama tak bagi hadiah kat dia. Dulu selalu je aku belikan alat tulis untuk dia. Pen, pembaris, pencil box, buku nota, tabung, fail, macam macam lah. Aku kan suka benda benda comel tu, nak beli bagi kat adik sendiri dia da besar tak pandang sangat benda benda gitu. Kan adik? hehehe..
Tahun ni kurang dah belikan Ester apa apa. Mungkin kerana aku pun serabut banyak nak kena fikir nak kena beli nak kena bayar kan.
Gambar ketika hari sukan haritu.
Thanks Ester bagi cikgu hadiah. Tahun depan bagi lagi ye..eh
Ini pula hadiah dari bakal kakak iparku. Amboi gorgeous tau wedges ni. Dia kata dia selalu nampak aku pakai wedges je so confirm i ni jenis sukakan wedges, maka dia hadiahkan aku ini. Hehe sebenarnya aku suka je apa pun. Wedges ke, heels ke, kasut flat ke. Asalkan selesa sudah. Anyway, thank you soo much Kak Fai :)
Eh? Ini hadiah hari jadi terpaaaaalinggggggg sweet untuk ulangtahun kelahiranku yang ke 26 tahun.
Taknak pakai blackberry dah. Bagi kat adik je blackberry aku tu. Tapi sampai us sana, adik pun tak pakai dah haha hampeh.
Terima kasih encik afzan kesayangan membelikanku handphone ini.
Love u more :)
1 butterflies concerned.:
Kalau nk hadiah jam tangan, bleh beli jam ke kanan, jam yg cantik, cute, lain dari yg lain dan bagus untuk kesihatan.....
http://www.muslimchoices.com/?p=jam_tawaf_tali_kulit&s
Post a Comment