Followers

Pages

Monday, August 30, 2010

kek batik




.SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
.SALAM KEMERDEKAAN KE-53 MALAYSIA.




Hai semua.
Hari ni aku buat kek batik untuk dessert waktu berbuka.
ceh cehh bukan setakat menjadi dessert tetapi telah pun menjadi snek ketika menaip entri ini haha.
Jom aku ajar camne nak buat.
Benda ni antara favourite aku jugak di kala bosan dengan pencuci mulut yang lain. :)




Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dicari :

BISKUT MARIE, MILO, BUTTERCUP,TELUR DAN SEDIKIT SUSU PEKAT.




Okay, bila barang-barang dah ada, kita just campak-campak je. senang!
Benda pertama nak kena campak ialah buttercup.
Cairkan dulu.


Bila dah cair,
Laju-laju lah kita masukkan telur.
Jangan berhenti kacau sebab nanti telur jadi berketul-ketul tak cantiklah.


Masukkan pulak milo.
Beli milo packet saiz paling kecik sekali.
Masukkan semuanya.
Tu lah sukatan yang aku guna selama ni.


Bila dah sebati sikit,
Masukkan susu ikut suka.
Nak manis banyak letak lah banyak k.
Tapi nak jaga badan manis sikit sudah. :p


Last sekali masukkan biskut Marie yang dah dikerat 4.
Kacau sampai sebati macam gambar atas ni ok.


Tutup api dan tuang atas loyang.


Dan padat-padatkan lah sepadatnya.
Guna sudu saje. Mudah.
Lepastu masukkan ke dalam peti ais biar dia beku sekejap.

Agak-agak dah beku dalam sejam camtu,
Bolehlah keluarkan dan potong.


Nanti rupa kek batik tu jadi camni la bila dah potong.
Kan nampak lapis-lapis tu.hehe


Serius sedap.
Kombinasi rasa buttercup, milo ngan susu yang ummmphh!
hahahah try la. :)





Esok public holiday kan.
Makanya kan.
Seperti mahu berjalan-jalan cari jeans dengan adik.
Tapi larat ke weh puasa-puasa ni. (-.-)



AHH TAK KIRA SHOPPING TETAP SHOPPING. heee~



6 butterflies concerned.:

Kampungku2u said...

Assalamualaikum.. selamat hari merdeka ya..emmm nak ikut leh? hehe.. :)

chenta said...

sedap..mahu skit~

butterflyana said...

kampungku2u,

selamat juga.nak ikut jomm. :)

butterflyana said...

zue,

nak sy post kan tak?hee

mUnie UncLe hUsin said...

rindu kek batik ituuuuu~

ARJUNA.Inc said...

huhu..jauh sy bca entry awk nih..haha..sies~~..ngidam kek batik~~..tp x de spe nk wat kan!!..nak!!

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com