Assalamualaikum.
Minggu sebelum cuti haritu sekolah aku buat perkhemahan perdana. So macam biasa memang 'kami-kami' yang jadi ajk. Nak tak nak ko kena nak jugak sebab ko kan bujang kan? Fine.
Perkhemahan kali ni ialah di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Semua aktiviti dihandle oleh pihak kem. Cikgu-cikgu hanya perlu memantau aje. Ringan sikit rasanya perkhemahan kali ni. :)
Just nak pastikan semua aktiviti berjalan lancar, pelajar semua makan, minum, tidur dalam masa yang ditetapkan dan semua hal-hal keselamatan.
Diorang tengah bertanding main rakit, cikgunya meroyan main kayak. kekeke.. :p
Lama sangat dah tak main kayak ni. Dulu time PLKN memang ni aje makanannye. Tak rakit, kayak. Tak kayak, kawad. Tak kawad, ujian kecergasan pulak. Tetiba rindu dah zaman-zaman melasak dulu. huhuhu...
Rakit kena bina sendiri mengikut kumpulan. Cikgu pun belajar juga. :)
Yang bestnya, weols jadi pemantau aje dari tepi sambil ngumpat-ngumpat apa yang patut dimengumpatkan. kekeke...
Malam pertama tu paling best! Pelajar semua kena buat night walk. Betul-betul di tengah malam. Aku pernah buat night walk ni dulu. Jalan sorang-sorang pastu ada lah diorang kacau-kacau jadi hantu lah apa lah. Tapi serius kalau betul jalan seorang diri memang seramm giler kot. Tegak semua bulu-bulu yang ada. haha..
So nak dijadikan cerita, malam tu kitorang takde kerja kan. Pihak kem dah uruskan semua. Pastu nak jugak menyebok, last-last diorang suruh kitorang kacau-kacau budak ni. Jadi hantu lah apa lah.
Seronok gak kan. Menakutkan orang padahal sendiri pun tak berapa nak berani. Aku dengan Una tak jadi hantu pun. Kitorang just buat suara seram je. Bila dengar je tapak kaki makin hampir, kitorang pun mengilailah mintak tolong. Mula-mula nak tergelak aje tapi lama-lama sendiri yang rasa seram. Gila apa tengah-tengah hutan, tengah-tengah malam, gelap gelita, senyap sunyi, tetiba ada suara perempuan mintak tolong mendayu-dayu? Tak tertanggal jantung kau di situ? hehe..
Tapi game tu jadi tak real sangat sebab diorang lepaskan pelajar sorang-sorang tapi dalam tempoh yang singkat tau. So diorang ni tak jalan sorang pun. Dia tunggu kawan-kawan dia. Ada satu masa tu siap lapan orang jalan sekaligus. Menyampah je. Langsung tak menguji keberanian.
Maybe sebab diorang ni budak-budak lagi kot. Kalau masuk universiti nanti jangan harap. Pergi sorang balik pun pasti sorang jugak. Nak beku, beku lah kau di situ. Aku dah pernah rasa. huhuhu...
Haaa. Sebelum diorang lalui night walk tu, diorang dah ditaklimatkan dulu. Nanti ada suara yang akan tanya kata laluan. Maka diorang akan jawab 'jangan pandang belakang'.
Paling tak boleh blah bila ada yang sepanjang dia berjalan tu dia duk cakap jangan pandang belakang jangan pandang belakang...tak berhenti-henti. hahaha...lawak betul. :p
Apa pun, camping kali ni sungguh awesome! Banyak jugak pengalaman baru yang aku dapat. Hopefully tahun depan perkhemahan perdana lebih mencabar dari tahun ni!
:)
:)
1 butterflies concerned.:
assalam
"Aku dengan Una tak jadi hantu pun. Kitorang just buat suara seram je. Bila dengar je tapak kaki makin hampir, kitorang pun mengilailah mintak tolong. Mula-mula nak tergelak aje tapi lama-lama sendiri yang rasa seram."
hehe .. seronokkan jadi cikgu ..
Post a Comment