Followers

Pages

Tuesday, December 15, 2009

another silly story



Selamat sejahtera. cehh tak pernah bagi ucapan selamat tiba-tiba kali ini ada pulak takpe kan.. :p
Tersebutlah alkisah yang aku rasa tak salah untuk dikongsikan di medan maya ini.

Kisah berlaku selepas maghrib tadi ketika aku sekeluarga sedang asyik menonton siaran ulangan Nur Kasih.

Ayahanda tengah bersiap-siap mahu pergi majlis perpisahan ke apa tah kawan dia yang nak pencen dekat berek. pastu ayahanda minta aku ambik kompang dia dalam kereta kat belakang rumah. (kereta ada dua. halaman rumah kecik so satu kereta parking depan rumah, satu kereta lagi kasi parking belakang rumah)
pastu, aku pun menurut perintah even tengah kusyuk tengok Remy Ishak sangat romantik melayan Tiz Zaqyah dalam tv. :p

Sebaik sahaja aku bukak pintu belakang rumah, memang terus nampak kereta la. tapi aku terkejut. bukan terkejut tengok kereta tapi terkejut tengok ada kucing jiran belakang rumah bawah kereta tu. kucing tu tak bergerak. bila kakanda check, rupanya kucing tu dah mati.

Okay untuk mengelakkan salah faham, makcik belakang rumah pun dihubungi...



"eh kucing tu memang dari tengah hari tadi lagi acik nampak mulut dia dah berbuih..kena racun kot..takpelah biar je dia esok acik suruh budak-budak ni pergi tanam..acik nak keluar ni.."



Ohh baiklah makcik. tetapi oleh kerana warga rumah aku penyayang-penyayang semuanya, jadi tak sampai hati nak biarkan je mayat kucing tu. oleh kerana aku sangat takut dan tak sampai hati nak tengok mayat kucing tu, jadi kakanda yang angkut dan masukkan dalam plastik. niat di hati memang nak tanam tapi rumah aku ni kemiskinan tanah. tanah takde. depan belakang simen. taman perumahan area rumah aku pun takde sungai. takkan nak buang dalam longkang kan?

So, ibunda suruh buang kat tong sampah besar kat area pasar je. Aku ngan kakanda sahaja lah yang pergi.

Sampai je kat pasar, tempat tong sampah besar tu gelap gile dan kebetulan ada 2 orang pekerja MPS (Majlis Perbandaran Seremban) kat situ tengah angkut sampah. (ohh baru ku tahu mereka angkut sampah malam-malam rupanya) Aku ngan kakanda buat selamber je la kan parking tepi tong besar tu. kakanda pun turun, ambik plastik hitam berisi mayat kucing tu dan masukkan dalam tong sampah besar.


TAPI...


Aku syak pekerja MPS tu macam meragui aku ngan kakanda. diorang pandang semacam je. masa kakanda pergi buang plastik hitam tu, salah seorang pekerja tu tengok nombor plat kereta bukan main lama lagi. haa mesti diorang ingat aku ngan kakanda ialah pasangan yang dah terlanjur pastu buang bayi.

hahahahahaha. lawak gile. dah la kakanda pakai singlet putih pagoda tu je dengan jalan  macam gangster je kan.

hadoiii kalau la betul-betul nanti ada kes buang bayi kat kawasan tu mesti nombor plat kereta ayahanda tu naik kat list polis. hahahakhakahkkk


* nauzubillah...aku mintak jauh la kes buang-buang bayi ni dari rakan-rakan semua ye...



10 butterflies concerned.:

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

dorang malas nk bgn pagi la tu. kutip sampah malam2 pulak.

haha sukati jer kte tuduh2.

Huda Luna said...

huhu...

mesti lps korg buang tu dorg g check plastik hitam tu..

yana lyana said...

ana : hehe tak la ana..kalau kutip malam2 takla busuk sangat kot..sejuk kann.

hehehe

yana lyana said...

cik epal : wahh di sini pun cik epal ader?

yana lyana said...

miszluna : aah kitorang pun rasa diorang terus check plastik tuh..hehehe

Dak Wan® said...

Dah mati tanam jewr kat bahu jalan tu. Buang dalam Tong Sampah macam tak sesuai ah.

~ain~ said...

hehehe.. lawak la cite nih..
betol jugak tau yana, kalo tetibe ade plak kes buang bayi, naya je ayah awk kene siasat sbb plat kete tu.. hihihihihihi...

yana lyana said...

mybabah : blog teacher rahila. saya dah follow and thanks saya cuba rujuk di sana untuk kebaikan masa hadapan saya. :)

yana lyana said...

dakwan : memang tak sesuai tapi tu je pilihan yg ade, tuhan tahu niat kite.

yana lyana said...

ain : hehehe nasib la ain tapi rasanya takde kot. :p

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com