Nasib si hari sukan : PART 1
Setelah hari sukan kitorang batal petang khamis tu disebabkan ribut, maka hari sukan ditunda pada hari sabtu. So, ke sekolahlah kami pada hari sabtu itu.
Setelah hari sukan kitorang batal petang khamis tu disebabkan ribut, maka hari sukan ditunda pada hari sabtu. So, ke sekolahlah kami pada hari sabtu itu.
AJK hadiah yang setia menjaga medal-medal dan piala-piala. Bagus jugak jadi ajk hadiah ni sebab hanya duduk bawah khemah je tak perlu berpanas. Yeay! hehe...
Pelajar dari rumah Razak. Persediaan sebelum perbarisan bermula. Diorang buat tema ala-ala kampung. Hijau mendamaikan gitu....
Ewahh...:p
Ha ni encik maskot rumah Razak. Aku tetap merasakan encik maskot ini comel sebab dia menjadi seekor butterfly walaupun muka dia tak comel pun. oppps! hehe..
Rambut dia paling i suka! :D
Maskot rumah Hussein. Menjadi
Sebelum perbarisan.
Musuh ketat. Si rumah Onn. hee
Tukang bawak sepanduk diorang cun!
Tu dia rumah Rahman. Ketua rumah Rahman yang membawa bendera tu hensem. haha sempat. :p
Rumah Rahman juara untuk perbarisan uols. Ehem.
Ni anak murid Una. Berzaman tak datang sekolah tapi tiba-tiba di Hari sukan ni kemain semangat lagi dia menonjolkan diri. Hamboiii.
Una busy menghias khemah. I pun busy menghias khemah juga. Nak lawan Una uols. haha...
Budak-budak landskap lah yang jadi mangsa. Diorang tolong aku potong plastik alas meja ni. Nak buat bendera kononnya. Nasib baik mood diorang tengah ok. Rajin juga lah menolong...
Potong-potong kertas, tampal-tampal, ikat-ikat apa yang patut. Aku ketua bahagian hias khemah. Serius takde idea nak hias camne. Aku hentam je ikut selera aku. hehe..
Bila dah siap hias, khemah rumah kuning dah macam tema harijadi uols. Meriah gila dengan riben-riben. haha..Jiran sebelah, rumah Onn agak cantik juga lah khemah diorang. Aku dah mula menyedari kekurangan diri dah masa tu. Pasrah jela kalau bab khemah tu dapat nombor last. :p
Rumah Razak dan rumah Hussein yang tak kurang hebatnya. Masih lagi aku pasrah..haha..
Tapi dengan terkejutnya diumumkan khemah rumah Rahman dapat nombor dua uols. Padahal aku hias cincai-cincai je. Bahan pun tak berapa banyak. hehe..rezeki...
:)
Acara tarik tali antara guru dan pelajar dibuat selepas selesai semua acara akhir untuk balapan. Kemain semangat cikgu-cikgu nak melawan anak murid. Tak bagi can punyaa..
:p
Tapi yang muridnya pun tak nak kalah uols. Bersungguh melawan. Sengit juga acara tarik tali ni. hehe..
Tapi akhirnya para guru tumpas juga. Anak murid semua muda-muda tenaga dalaman agaknya diorang guna. Yang cikgu-cikgu lelaki ni habes je tarik tali mula lah merungut sakit tangan lah, sakit kaki lah, lutut menggigil lah. Orang lama katanyaa kan. Haruslah semua sendi pun tak berapa nak kuat.
kekeke...:p
Medal yang sedia untuk dikalungkan ke leher para pemenang.
Panas tak boleh blah masa tu.
Pelajar semua berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk acara penutup.
Acara balapan akhir banyak dimenangi oleh rumah Rahman. Aku bajet dah cukup kuat dah tu untuk mengatasi mata markah rumah Onn. Yeah!
Semua pun tak sabar nak tahu siapa juara keseluruhan. Dah la tengah panas gila. Semua pun rasa nak cepat je. hehe...
Jeng jeng jengg..
Akhirnya rumah Onn juga yang menjadi juara. Rumah Rahman still tak dapat lawan diorang. Dush!
Tapi takpe naib johan pun ok juga. hee
Tahniah rumah Onn. Selamat berjuang lagi untuk tahun depan.
Lepastu semua pun bersurai. Sekian sahaja aktiviti sukan tahunan di sekolah aku. Tak berapa meriah tapi banyak memberi pengalaman baru. Jumpa lagi tahun depan!
Bye :)
1 butterflies concerned.:
Adik nak tanya plastik alas meja tu beli kat mana? Ada jual colour2 ke? Sebab tengah cari
Post a Comment