Followers

Pages

Monday, July 25, 2011

tasuke! tasuke!



Assalamualaikum.


Minggu lepas, aku balik Seremban. Boleh kira setiap minggu jugak lah aku balik kalau takde apa-apa kerja hari sabtu. Nenek aku kat Johor nak buat kenduri doa selamat hari sabtu malam. Wan aku kat Rantau (n9 aje) pula nak buat kenduri keesokan harinya.


So memang tidaklah boleh memilih nak balik kenduri belah mana. Sebab dua-dua kenduri pun tak buat di hari yang sama. Memang kena pergi dua-dua belah. So, tiada pilihan. Memang aku kena ikut balik kampung. Abang tak dapat balik sebab ada kerja kena buat. Naim ada kelas ganti sabtu malam dan Adik pulak baru first week daftar mestilah sebok dengan orientasi nya kan.


First time ok aku ikut mak dengan abah balik kampung tanpa abang dan adik-adik aku. Merasa lah juga jadi anak tunggal sekejap. Tapi kirim salam banyak-banyak aku nak merasa lagi. Langsung tak best. Langsung tak meriah. Langsung tiba-tiba hatiku menjadi sunyi. (hahaha muntah muntahh :p)


Paling terasa sebab Adik lah. Kalau tak tu, segala aktiviti keluarga memang aku berkepit je lah dengan dia. Ni tiba-tiba dia takde, rasa lain ohh. Macam tak lengkap je. hehehe...
Walaupun aku duduk seorang diri di seat belakang sampai boleh baring-baring macam katil, tapi aku lagi suka bersesak-sesak sempit duduk dalam kereta dengan adik-adik.
:(










































Semua benda pun buat sama-sama tauuuu.





SEKARANG KAU BAGITAHU MACAM MANA AKU TAK RINDU?
*___*






1 butterflies concerned.:

iphotoshoot said...

http://iphotoshoot2u.blogspot.com/ jmput tgok n follow n ley promote2 kt kwn2

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com